Skip to main content

Pulau Bengkalis yang kutemui.




Aku agak bergegas juga kerana bertolak dari rumah jam 11.30 pagi, walaupun perjalanan dari Segamat ke Pelabuhan Melaka cuma mengambil masa 2 jam dan sepatutnya jam 1.30pm dah sampai. Feri bertolak jam 3pm dan perlu boarding paling lewat 2.30pm. Namun disebabkan kereta tak boleh parking dalam pelabuhan, aku terpaksa parking di kawasan taman perumahan berhampiran. Bayangkan kena menapak agak jauh untuk sampai pelabuhan.
Sementara menunggu feri bergerak sempat juga aku baca beberapa info tentang Bengkalis. Rupa-rupanaya Bengkalis itu sebuah kabupaten dan bandar pentadbirannya baru Pulau Bengkalis. Kabupaten (Daerah) Bengkalis dipimpin oleh seorang Bupati (seperti Pegawai daerah di Malaysia.  Kabupaten (daerah) ini terdiri dari 8 kecamatan (kalau di Malaysia dipanggil mukim). Ketua bagi kecamatan pula dipanggil Camat (kalau di Malaysia, penghulu). Kecamatan pula terdiri dari beberapa dusun (di panggil juga lurah atau kampung) dan ketuanya dipanggil Pak Lurah.
Pulau Bengkalis mempunyai letak yang sangat strategik kerana adanya perhubungan perkapalan langsung ke Melaka.  Ramai penduduk kabupaten Bengkalis memilih Melaka untuk rawatan kesihatan di tiga buah hospital swasta. Berikut adalah jadual perjalanan feri dari Melaka ke Bengkalis. Kena cari info baru kerana info dibawah adalah pada tahun 2022, tapi nampak gayanya macam tak ada perubahan.


Feri berulang-alik ke Melaka ada 3 kali seminggu dan hanya mengambil masa  pelayaran selama 2 jam setengah. Harga tiket dan beberapa bayaran tambahan sekitar RM250.00 untuk perjalanan 2 hala. Dan tiket ini terbuka untuk selama 3 bulan. Ini contoh tiket yang aku beri di kaunter pelabuhan Melaka.


Bengkalis terbahagi kepada dua bahagian, iaitu daratan dan kepulauan. Pulau-Pulau besar itu adalah Pulau Rupat, Pulau Tebing Tinggi, Pulau Bengkalis, Pulau Rangsang, Pulau Padang dan Pulau Merbau. Bengkalis terletak di sebelah timur Pulau Sumatera dan bersempadan dengan Melaka di sebelah utara. Sementara di sebelah selatan adalah daerah Siak, sementara daerah Karimun dan daerah Pelalawan di sebelah timur dan Kota Dumai di sebelah barat. 

Aku sampai di Bengkalis lebih kurang jam 4.30pm waktu Indonesia.  Ada bas kecil disediakan dengan bayaran IDR30K. Kerana aku lapar dan kena solat jamak takhir zohor asar, aku naik kereta sapu (kata supir tu guna apps Maxxim) dan kena bayar IDR50k satu kepada dan dihantar terus ke Hotel Berlian seperti gambar di bawah. Bagus hotel ni, memang aku puji, breakfastnya ok dan kalau banyak duit seafoodnya ok, ada restoran di bawah hotel menghadap paya laut.


Pulau Bengkalis pun tak apa janji keluar negara. Sejak remaja aku ni memang suka jalan-jalan, dan aku rasa hobi aku ini telah membantu aku merubah diri dari seorang kanak-kanak yang introvert yang kerjanya hanya membaca buku kepada remaja yang lebih berkembang menjadi seorang yang ekstrovert sederhana. Cuma bila sudah berusia emas ini hobi jalan-jalan itu berubah menjadi wisata religi. Tidak lagi jalan-jalan untuk menguji ketahanan fizikal tetapi cukup hanya melihat keindahan alam, menziarahi tempat sejarah dan masjid-masjid. Tidak juga jalan-jalan mencari makan cuma sekadar minum kopi sambil melihat perangai manusia.


Salah satu simbol di Pulau Bengkalis ini ialah Masjid Agung Istiqomah yang tersergam indah dah gagah.  Hidup masjid ini.


Kalau kita ke pulau-pulau seperti Bengkalis ini jangan lupa beli buah banyak-banyak.  Naik feri tak ada had berat.  Banyak buah-buah segar dari Medan seperti buah salak dan avokado. Kalau naik Air Asia lebih mahal bagasinya berbanding harga buah yang dibawa.

Selepas solat subuh, selepas berwirid atau mengaji, ramai jemaah "mengopi" di kedai makan yang dikenali sebagai Yogjakarta. Penuh dengan jemaah yang berborak-borak sambil minum kopi dan roti bakarnya.  Memang sedap.

Bila diselidik, rupanya kedai kopi ini pemiliknya orang Cina.  Tapi tak hairan kalau di Johor pada tahun 70 dan 80an dulu memang orang Melayu mengopi di kedai Cina Hailam. Kopi O dan roti bakarnya memang 10/10. 
Yang masih ada tradisi ini di bandar Muar. Zaman dulu kita pakai sapu aja, belum faham sangat tentang perkara-perkara syubhah. Di Kluang yang popular kedai kopi di stesen keretapinya. 

Pulau Bengkalis ni kecil sahaja, sewa motorsikal RP100k @ RM30 dan kita boleh berkeliling pulau. Boleh santai di pantai Selat Baru.  Kalau cuaca cerah boleh nampak kemuncak Gunung Ledang dari sini.

 
      
 Dulu-dulu dikatakan Bengkalis ini banyak ikan Terubuk, tapi sekarang nak makan ikan terubuk pun susah. Jam 11 am feri bertolak dari jeti Bengkalis ke Melaka.


Bengkalis pun ok janji naik bot.





Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...