Masjid al Aqsa bermaksud 'masjid yang jauh', kerana lokasinya yang jauh dari kota Mekah. Istimewanya Masjid al Aqsa kepada seluruh umat Islam ialah kerana :-
- Ia adalah kiblat pertama sebelum turun wahyu mengarahkan umat Islam mengadap arah ke Kaabah. Peristiwa perubahan arah kiblat itu berlaku pada tahun ke-2 Hijrah pada suatu hari di bulan Syaaban iaitu kira-kira 16 atau 17 bulan selepas baginda membentuk Negara Islam Madinah. Peristiwa berlaku ketika baginda s.a.w mendirikan solat Asar bersama-sama sahabat di dalam Masjid Qiblatain dengan berkiblatkan Masjid al-Aqsa, tiba-tiba turun wahyu; "Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai, palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana saja kamu berada palinglah mukamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan." (Surah Al-Baqarah : ayat 144)
- Walaupun selepas turunnya wahyu tersebut, baginda s.a.w tetap menganggap Masjid al Aqsa sebagai masjid utama. Baginda bersabda; "Menunaikan solat di Masjidil-Haram menyamai 100,000 ribu solat (di masjid yang lain). Solat di masjidku (Masjidil Nabawi di Madinah) menyamai 1,000 solat. Solat di Baitul Maqdis menyamai 500 solat. (HR al-Baihaqi dari Jabir r.a).
- Ketika peristiwa Isra' dan Mikraj, Nabi saw tidak terus naik ke langit dari Mekah, sebaliknya baginda di bawa terlebih dahulu ke Baitul Maqdis dan memasuki Masjidil-Aqsa. Perjalanan dari Mekah ke Masjid al Aqsa berdasarkan wahyu Allah dalam Surah al-Isra' ayat 1.
SEJARAH PEMBINAAN MASJID AL AQSA
1. Dipercayai , Masjid al Aqsa adalah masjid kedua di bumi. Ia dibina 40 tahun selepas Kaabah di Makkah. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa Masjid Al Aqsa pertama kali dibina oleh Nabi Adam a.s. Perlu difahami bahawa 'masjid' tidak semestinya satu binaan berupa bangunan yang berbumbung kubah dan ada menara. Dari segi bahasa masjid bermakna tempat sujud, iaitu 'sajada' yang bermaksud 'telah atau sedang sujud'. Di dalam kitab al-Qur'an terdapat tidak kurang 46 kali ayat yang berkaitan dengan Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa dan yang berkaitan dengannya, manakala Kitab Sahih Bukhori, Muslim dan lain-lain, perkataan masjid mencapai 1,686 kali. Oleh itu, masjid boleh didefinasikan sebagai satu kawasan sama ada mempunyai bangunan batu atau kayu atau tiada bangunan, tetapi ianya dikhaskan dan diniatkan untuk dijadikan masjid.
2. Berbalik kepada Masjid al Aqsa, Nabi Ibrahim a.s telah membina semula Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis setelah baginda dan puteranya Nabi Ismail a.s membina semula Kaabah di Makkah. Berikutnya Nabi Daud a.s telah membina semula Masjid Al Aqsa yang telah runtuh dipercayai dimamah usia, atau faktor alam seperti kejadian gempa bumi, banjir besar dan sebagainya. Pembinaan Masjid al-Aqsa dilakukan semula oleh Nabi Sulaiman a.s yang menyerupai bentuk binaan yang lebih sempurna dan ideal sebagai masjid. Baginda Nabi Sulaiman dikurnaikan mukjizat oleh Allah untuk menguasai makhluk jin dan haiwan. Oleh yang sedemikian, dipercayai dengan bantuan dari jin, masjid telah dibina begitu kukuh. Sisa binaan Masjid Al-Aqsa di bawah pemerintahan Nabi Ibrahim masih kelihatan sehingga sekarang.
Bagaimanapun, Masjid Al Aqsa yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s sebahagiannya telah dimusnahkan dalam 587 SM oleh Raja Nebukadnezar dari Babylon di negara Iraq. (Tamadun Kerajaan Mesapotamia di lembah Sungai Tiqris dan Euprathes sekitar tahun 605 SM - 582 SM) Raja Nebukadnezar juga telah berjaya menumpaskan Fir'aun Namruz di Mesir. Nabi Sulaiman a.s adalah dari bangsa Yahudi. Orang Yahudi menganggap Nabi Sulaiman a.s (Solomon) bukan sahaja nabi mereka malah manusia yang paling suci di muka bumi. Orang Yahudi memuliakan Nabi Sulaiman a.s kerana Nabi Sulaiman a.s adalah bapa kepada nabi-nabi lain termasuklah Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishak a.s, Nabi Yaakub a.s, Nabi Daud a.s, Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s. Bagimanapun, kemuliaan mereka terhadap para nabi dan rasul tidak 'sama' dengan kemulian dalam ajaran Islam. Hal tersebut disebabkan puak Yahudi ini telah memanipulasi dan merosakkan kandungan kitab suci At-Taurat. Misalnya di dalam kitab At-Taurat jelas memberi petunjukkan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi terakhir dan manusia yang menjadi kekasih Allah swt dan paling mulia serta pembawa rahmat bagi sekalian alam. Orang-orang Yahudi percaya di bawah runtuhan tapak Masjid Al Aqsa yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s itu terdapat satu tempat ibadat paling suci iaitu kuil 'Haikal Sulaiman atau Temple of Solomon".
(Dakwaan orang Yahudi bahawa mereka adalah penduduk asal di Baitul Maqdis adalah tidak tepat kerana penduduk asal di situ adalah orang Palestin iaitu bangsa pribumi Palestin sendiri yang berasal dari kaum Ka'nan yang telah mendiri petempatan di situ semenjak 4500 tahun dahulu. Bangsa Palestin itu terus tinggal di situ sehinggalah kedatangan ajaran Islam, majoriti mereka memeluk agama Islam dan menjadikan bahasa dan tulisan Arab sebagai bahasa dan tulisan utama).
4. Kebangkitan Kerajaan Parsi (Iran) dibawah pimpinan Cyrus II yang beragama Majusi, telah berjaya menumpaskan kerajaan Babylon dan menguasai Baitul Maqdis. Cyrus II tidak memusuhi orang Yahudi. Oleh itu, orang Yahudi kembali ke Baitul Maqdis. Kemudian, Baitul Maqdis pernah ditawan sebentar oleh tentera Iskandar Zulkarnain dari Macedonia, tetapi dirampas kembali oleh tentera Rom pada Tahun 63 SM di bawah pimpinan Maharaja Pompei. Untuk mentadbir Baitul Maqdis, Pompei melantik seorang Yahudi bernama Herod. Raja Herod mengambil kesempatan membina semula Kuil Haykal Sulaiman ke atas mereka tapak yang sama. Perbuatan King Herod mengundang kemarahan Rom di bawah pimpinan Maharaja Kaisar Titus, lalu betindak memmusnah dan merobohkan kuil tersebut kecuali satu bahagian dinding yng dinamakan Wailing Wall atau Dinding Ratapan.
Berikutan kelahiran Nabi Isa a.s dan munculnya agama Kristian, Maharaja Rom bernama Constantine telah memeluk agama Kristian dan menyebarkan ajaran keseluruh Empayar Rom termasuklah di Baitul Maqdis. Orang Kristian yang benci kepada puak Yahudi telah menghalau mereka keluar dan menjadikan tapak kuil Yahudi tersebut sebagai tempat buangan sampah selama lebih 600 tahun, sehinggalah Baitul Maqdis di tawan oleh tentera Islam di zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab pada Tahun 637M. Khalifah Umar Al- Khattab ketika memasuki kota Baitul Maqdis telah mencari semula sebahagian tapak Masjid al Aqsa dan menjumpainya di bawah timbunan sampah. Khalifah Umar al Khattab telah membersihkan semula longgokan sampah tersebut, lalu berkata "Demi Dia yang diriku ada ditangan-Nya, itulah tempat yang pernah digambarkan oleh Rasulullah saw (ketika Israk dan Mikraj) kepada kita. Marilah kita jadikan tempat ini sebuah masjid".
6. Kemerosotan pemerirntahan Islam telah menyebabkan Baitul Maqdis ditawan semula oleh tentera Kristian dan mereka menguasainya selama hampir seratus tahun. Kristian telah menukar kembali fungsi masjid sebagai gereja dan ramai penganut agama Islam di bunuh. Bagaimanapun, apabila muncul Saladuddin al Ayubi berbangsa Kurdis, Baitul Maqdis ditawan semula oleh tentara Islam. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada hari Jumaat 27 Rejab 583 H atau 1187M. Kekalahan tentera Kristian kepada Salahudin al Ayubi memaksa pasukan tentera Kristian melancar serangan balas untuk merampas semula Baitul Maqdis. Setelah berlaku tiga kali peperangan yang dinamakan Perang Salib, akhirnya Kristian yang tewas dalam Perang Salib Ke-3 minta berdamai dengan Salahuddin al Ayubi dan mengiktiraf Islam sebagai penguasa Bailtul Maqdis.
7. Selepas kejatuhan dan pembuburan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1922 dan selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa (PBB dulu) telah meletakkan Baitul Maqdis dibawah Mandat British. Dalam Perang Dunia Ke-2, Hitler yang memusuhi orang Yahudi bertindak kejam dengan membunuh dan menghalau keluar mereka dari Eropah. Selepas tamat Perang Dunia ke-2, British membawa mereka ke Palestin dan menempatkan mereka secara haram sehingga tertubuh Negara Israel pada tahun 1948. Israel terus menceroboh dan menghalau lebih 800,000 penduduk, memusnahkan hampir 500 buah kampung asal Palestin dan membongkar tanah perkuburan mereka. Dalam Perang Enam Hari, Israel dengan bantuan dari Amerika telah berjaya menduduki Masjid Al Aqsa pada tahun 1967. Semenjak dari tarikh tersebut, sehinggalah ke hari ini, mereka telah mula mencari gali tapak kuil Haikal Sulaiman dan merancang untuk membina semula Haikal Sulaiman 3 ditapak Masjid al Aqsa sekarang ini. Bagi puak Zionis-Yahudi, membangun kembali Haikal Sulaiman 3 sebagai memenuhi tuntutan Kitab Torrah (At-Taurat). Haikal Sulaiman bukan sahaja sebuah kuil paling suci, malah menjadi pusat dunia. Dipercayai bakal bersemayamnya Messiah (Dajjal) Yahudi di situ.......
Comments