Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2024

Yahudi Hitam bersidai di Migdal berhampiran Tasik Galilie

Kembara seterusnya ialah ke Tiberas untuk melihat dan bersantai di Tasik Tiberas yang terkenal itu, Tasik luas dan kebiruan airnya dikenali juga sebagai Laut Galili.  Pada hari Sabtu, tempat ini dipenuhi oleh pengunjung yang bersantai bersama rakan dan keluarga mereka. Yang peliknya aku jumpa sekumpulan Yahudi yang berkulit hitam sedang makan-makan atau berkelah di tasik ini.  Warga Israel yang dibawa masuk dari luar mestilah Yahudi asal. Tentulah negro ini dari kelompok itu. Pada asalnya Inggeris telah menetapkan Kenya sebagai tempat untuk orang Yahudi mendirikan negara Israel. Mereka menolaknya dan mahukan Jurusalem sebagai ibunegeri mereka.  

Masjid Salahuddin Ayubi di Haman Israel

 

Quran Tua di Muzium Masjid Al Aqsa

 

DUBLIN YANG KUTEMUI

 

Pulau Karimun yang kutemui

Hamba memang suka laut. Melihat laut tu macam satu terapi yang menenangkan jiwa. Pernah ketika umur belasan tahun pergi temuduga untuk memasukki ALAM .. Akademi Laut Malaysia tapi gagal. Namun kecintaan pada deruan ombak itu tidak pernah pudar.  

Kutemui Masjid An Nur / Canterbury Islamic Centre di mana ramai jemaah yang syahid ditembak

Air New Zealand landing di Christchurh jam 12pm. Kat sini kastam agak keras, serunding yang tak ada label kena rampas. Kalau proper pacakaging ok. Aku punya power bank, 3 biji kena rampas ... silap/lupa/alpa .. back pack aku letak kat bagasi. Oleh kerana dah nak masuk waktu Zohor, apalagi carilah masjid.  Akhirnya sampai kat Masjid An-Nur ini. Dapat solat berjamaah dan berkenalan dengan imam masjid ini. Imam ni asal orang Malaysia.  Asalnya masjid ini memang dimakmurkan orang Malaysia yang belajar, bekerja dan berhijrah di sini. Lalu diceritakan kepada kami insiden tembakan rambang di masjid ini ketika solat Jumaat yang mengorbankan ramai jemaah.  Di Luar masjid ini ada dibina tembok sebagai memori insiden tersebut. berikut adalah foto mangsa tembakan rambang oleh si kafir di masjid ini  

MALAM PERTAMA DI AUCKLAND

Penerbangan Air Asia hanya transit sekejap di Sydney sebelum meneruskan penerbangannya ke Auckland. Sampai di Auckland kebetulan jumpa budak Melayu, berkenalan dan dia mengajak tidur di hostel YMCA. Kebetulan tidur untuk satu malam sahaja kerana jam 11 esok aku akan terbang ke Christchurch pula. Kalau tidak kenalah melelapkan mata di airport sahaja. Nama budak muda ini Fitri dan dia merancang untuk bertemu rakannya dan mencari kerja di New Zealand. Tukar duit NZ. Nilai duit NZ ni lebih kurang sama dengan Australia, Singapura atau Brunei. Tukar sikit aje kerana aku pakai "Wise", nak duit cari auto teller yang ada tulis "visa" ... setakat ni Wise memang membantu untuk keluar duit asing. Aku memang tak guna kad debit atau credit untuk keluar duit di luar negara.   Duduk hostel ni memang sesuai untuk budget traveler, untuk lelapkan mata dan masak maggi dan buat kopi. Selesa memanglah kurang maklumlah tidur katil double decker, minima 6 hingga 12 orang sebilik. Bilik air...