Skip to main content

Kutemui Masjid Marwani yang terdapat Mihrab Siti Maryam di dalamnya.


Memang banyak kesan spiritual bila kita sampai ke Bumi Palestin yang penuh berkah ini. Kesan yang jelas ialah kita memahami lebih jelas kisah-kisah yang berlaku di bumi ini. Ramainya para anbia yang diturunkan di sini dan banyaknya kesan perebutan kuasa dari zaman dahulu hingga kini. Merasakan geramnya terhadap kelakuan Zionis Yahudi yang tidak berhati perut itu. 


Alhamdulillah, syukur kerana Allah kurniakan hamba untuk sampai ke Masjid Al Aqsa ini. Setelah melihat sendiri, baru hamba membaca dan membuat penyelidikan dan akhirnya baru hamba tulis setelah hamba faham.  Mudah-mudahan ia memberi motivasi pada orang lain dan memahaminya sebelum mereka menziarahi bumi Palestin ini.

Masjid Al Aqsa bukan sebuah masjid sahaja tetapi ia adalah sebuah kawasan besar yang terdapat beberapa masjid di dalamnya. Antara 4 masjid itu ialah Masjid Qibli, Masjid Buraq, Masjid Kubah Emas dan Masjid al- Marwani.




Masjid Al-Marwani atau dikenali sebagai Musollah Marwani ini terletak dibawah dataran Al-Aqsa.  Pada asalnya masjid ini dibangunkan di kawasan timur semasa zaman kerajaan Umayyah iaitu semasa masjid Qibli masih belum dibina lagi. Ertinya masjid ini masih di atas tanah lagi. Semasa pembangunan masjid Qibli, masjid Marwani ini akhirnya terletak di bawahnya.



Masjid ini disebut juga sebagai ruang bawah tanah di sebelah timur Masjid Qibli. Masjid ini terdiri dari 16 koridor dengan luas 3.775 meter persegi dan memilikki dua pintu masuk di sebelah selatan dan lima pintu masuk dari utara.




Dikatakan masjid ini asalnya adalah bangunan yang didirikan oleh King Herod semasa pemerintahan Rom dahulu, iaitu semasa pembesaran Temple of Mount.



Ruang bawah tanah ini disokong oleh 88 tiang besar dengan binaan gerbang yang utuh.



Tengoklah sendiri tiang lama ini, memang besar.  Macam mana mereka mengangkat dan mendirikannya?




Pada 1956, badan wakaf Jerusalem mendapat kebenaran untuk menggunakan ruang ini dijadikan ruang solat tambahan jika Masjid Qibli mengalami limpahan jemaah ketika hari hujan. Di dalam masjid ini juga terletaknya Mihrab Maryam, tempat kelahiran Nabi Isa as.



Alhamdulillah, hamba rasa bersyukur kerana dapat menziarahi mihrab Siti Maryam ini


Masjid Mawarni ini juga ada mihrabnya sendiri, kerana semasa pembinaan Masjid Qibli, masjid Mawarni telah digunakan untuk menampung jemaah. Namun sekarang, solat berjamaah di masjid ini, imam mereka adalah imam masjid Qibli.  Dan masjid ini hanya dibuka jika jemaah melimpah ruah di masjid dan Dataran Al Aqsa.


Selain itu, terdapat sebuah perpustakaan besar yang menempatkan lebih daripada 4000 manuskrip dan kitab-kitab tua.

 
Bilik ini juga tidak dibuka kepada orang awam kerana ditakuti ada sabotaj dari Zionis Yahudi, samada mereka mahu mencuri atau membakarnya.


Struktur asalnya dikatakan telah dibina oleh King Herod pada tahun ke-37 sebelum masihi sebagai sebahagian daripada pembesaran Temple Mount. 



Gambar di bawah ini ialah gambar tangga menuju ke Mihrab Siti Maryam.


Di sudut tenggara Masjid Mawarni ini ada tangga batu yang sampai di siling bangunan masjid ini.  Ditengah jarak ada kubah kecil yang dipasang di empat tiang, di bawahnya ada sebuah bilik batu di mana di depannya terdapat mihrab batu yang disebut Mihram Siti Maryam


Alhamdulillah kerana hamba diberi rezeki untuk melihat dan menjejakkan kaki di kawasan Mihrab Siti Maryam ini. Dalam surah Maryam Ayat 16, "Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Al Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur." 


Mihrab Siti Maryam inilah tempat yang diyakini tempat Siti Maryam tinggal bersendirian setelah mengandungkan Nabi Isa AS.


Bilik ini dipagar dengan besi, dan pengunjung tidak dapat masuk, hanya melihat dari luar sahaja.


Tempat ini juga diyakini sebagai tempat yang sama yang sering dikunjungi Nabi Zakaria AS.





Masjid ini ditutup untuk ibadah sejak era Tentera Salib di abad dua belas masehi, dan ia digunakan sebagai kandang kuda dan stor penyimpanan senjata. Tentera Salib menamakan masjid ini sebagai "Kandang Sulaiman."


Masih terdapat kesan lubang di tiang masjid ini yang dijadikan tempat menambat kuda Tentera Salib.


Satu tindakan kurang ajar Tentera Salib yang menghina tempat solat orang Islam.


Lobang pengikat kuda ini masih dikekalkan hingga sekarang sebagai bukti kejamnya Tentera Salib dahulu.



Tempat ini telah dibaikpulih sepenuhnya bagi menampung jemaah yang meningkat. Masjid ini dibuka kembali untuk umum pada tahun 1996


Banyak derma dan bantuan bagi menjayakan projek ini dari berbagai negara di dunia dan dianggap sebagai salah satu projek baikpulih yang terbesar di Masjid Al Aqsa. 



 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...