Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Tersangkut semalaman di Hirtshal kerana feri sudah berlepas

Hirtshal adalah sebuah pekan kecil di utara Denmark. Tidak ada apa-apa yang menarik di sini kecuali ada pelabuhan yang menawarkan perjalanan dari Denmark ke wilayah Norway. Hirtshal adalah sebuah bandar kecil yang ada pelabuhan kecil sahaja Hirtshals berperanan untuk menghubungkan Denmark, Norway dan beberapa negara lain yang berdekatan. Pelabuhan Hirtshal pula hanya ada dua kali perjalanan, jam 10 dan 1 pm sahaja. Selain itu kawasan berhampiran laut utara ini dihiasi dengan ladang-ladang sayuran, strawberi atau semak samun yang kehijauan Pekan ni agak sunyi dan kurang aktiviti Aktiviti perniagaan adalah berasaskan perikanan dan maritim. Hotel pun tak banyak di sini, kerana Hirtshal bukanlah sebuah bandar pelancungan. Tak banyak tempat menarik kat sini. Kedai yang kecil-kecil sahaja. Aktiviti berasaskan maritim laut adalah segalanya Kalau tidak nak short cut ke Bergen Norway sudah tentu aku tidak menjejakkan kaki ke sini.  Terpaksa ti...

Trajedi lesapnya alat kebesaran untuk pertabalan sultan dalam kerajaan Johor lama

Semasa berjalan mengelilingi Pulau Penyengat, saya mendapati makam Raja Hamidah atau dipanggil juga sebagai Engku Puteri yang kelihatan lebih dimuliakan berbanding dengan makam Yamtuan Muda yang lain, hatta makam ayahanda baginda sendiri iaitu Raja Haji Fisabilillah dan makam anak saudaranya Raja Ali Haji seorang pujangga tersohor. Raja Hamidah merupakan anak sulung Raja Haji Fisabilillah, yang syahid di Teluk Ketapang Melaka. Baginda dibesarkan dalam tradisi istana, kebangsawanan dan tradisi perang serta dalam persekitaran keluarga yang sangat taat pada agama dan menghargai alim ulamak. Oleh itu, Raja Hamidah dibesarkan dalam tradisi adat yang kuat, baik tradisi adat Melayu melalui ibunya, mahupun adat Bugis dari ayahnya. Raja Hamidah adalah seorang wanita yang cantik, anggun, berwibawa, cerdas dan bijaksana. Peranan Raja Hamidah dalam kerajaan Johor lama mula terserlah setelah beliau berkahwin dengan Sultan Mahmud III. Perkawinannya dengan Sultan Mahmud, ad...

Perpustakaan ini berfungsi sebagai masjid di Canberra

Agak payah juga mencari masjid di Canberra ini, tersesat-sesat sampai ke kawasan taman perumahan. Rupa-rupanya masjid ini dikenali sebagai Canberra Islamic Centre (CIC).  Ketika sampai masjid ini jam dah pukul 12.08pm. Oleh kerana masih kepenatan memandu dari Sydney ke Canberra, hamba ambil kesempatan untuk membersihkan diri, mandi dan tukar pakaian di masjid ini. Bersih masjid ini, Lepas tu solat jamak qasar zohor Asar. Masjid Canberra ini boleh ditemui jika goggle nama Australian National Islamic Library.   Perpustakaan ini memang cantik, bersih dan tersusun dan ada sepasang suami isteri yang telah pencen menjadi sukarelawan menjaga perpustakaan ini. Non muslim pulak tu. Tapi akhlak sangat baik. Kami diizinkan masuk masjid ini menggunakan pintu perpustakaan ini. Australian National Islamic Library ini adalah sangat penting sebagai pusat syiar Islam. Komuniti Islam di Canberra telah mengimpikan untuk mendirikan perpustakaan yang  memiliki kol...

Solat Jumaat yang tazkirahnya lebih lama dari khutbah di Masjid Surry Hills Sydney

Hari ni hari Jumaat, penat dah meronda kat Paddy Market, makan pun dah sudah.  Tengok jam dah nak dekat kul 12 tengahari.  Payah juga cari masjid... kena solat Jumaat ni.  Walaupun ada ruksah untuk meninggalkan solat Jumaat bagi seorang musafir tapi kalau punya peluang dan kesempatan tentu lebih baik solat Jumaat.  Kita dapat pengalaman bersolat di negara yang berbeza-beza.   Akhirnya jumpa sebuah masjid yang terletak salam satu deretan bangunan,  Memang nampak dari jauh bukan macam sebuah masjid.   Hasrat hati kalau dapat kat solat kat masjid terbesar di Sydney seperti di atas iaitu masjid Imam Ali bin Abi Talib. Namun apakan daya tak ada rezeki. Masjid Imam Ali ini dikenali juga sebagai Masjid Lakemba kerana terletak di  71-75 Wangee Road, Lakemba. Dikenali juga sebagai masjid Lebanon kerana diuruskan oleh kebanyakannya orang Arab Lebanon.  Masjid ini juga adalah masjid paling tua di Australia. Nam...

Perpustakaan Alexandria pernah menjadi perpustakaan terbesar di dunia

             Perpustakaan Alexandria pernah menjadi perpustakaan terbesar di dunia. Didirikan pada awal abad ke-3 SM semasa pemerintahan Ptolemeus II. Perpustakaan ini pernah menyimpan sehingga kira-kira 700 ribu gulungan kertas papyrus.           Pada masa itu, pelabuhan Alexandria sangat maju dan banyak kapal dari seluruh dunia berlabuh di situ. Kebiasaanya kelasi kapal itu membawa buku untuk menemani pelayaran mereka. Ketika kapal berlabuh, para pembesar kota mengunjungi kelasi kapal, dan meminjam buku mereka untuk disalin. Salinan ini ditulis di atas gulungan kertas papyrus, lalu diletakkan di perpustakaan.           Perpustakaan Alexandria ini telah sedia musnah ketika tentera Islam menaklukki Mesir pada tahun 640M. Para sejarawan mengatakan mungkin perpustakaan ini musnah teruk ketika Julius Caesar menawan kota ini pada tahun 47SM.        ...