Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Mostar - Ku seberang Stari Most Bridge yang hijau air sungaimu

             Bandar Mostar sangat terkenal dengan Jambatan Stari Most binaan zaman Uthmaniyyah yang merentangi sungai Neretva.          Jambatan ini  sangat simbolik kerana ia melambangkan keagungan kerajaan Islam Bosnia zaman silam di Mostar.           Sungai Neretva ini memang sangat cantik dengan airnya yang amat jernih dengan biasan warna hijau kebiruan. Sangat syahdu dan kekal dalam ingatan selamanya.           Sepanjang perjalanan ke Mostar, pemandangannya agak tenang, kampung dan kawasan pertanian menghijau.           Taburan penduduk tidak padat, terdapat masjid serta gereja di setiap perkampungan dilalui.  Mostar di jajahan Herzegovina. Di Mostar penduduknya terbahagi kepada dua agama majoriti iaitu Islam dan Kristian.            Penganut Islam kebanyakannya tinggal di sebelah T...

Cikampek - Kutemui damai dicelah lautan manusia

Satu hari, bro Zali ni ajak-ajak ayam kat aku, ajak gi Jakarta ada ijtima' ulamak kat sana.  Entah macam mana tanpa fikir panjang secara spontan aku kata ok aja, kebetulan tengah semester break. Aku ni jenis campur semua orang tak kira apa dia punya fikrah.  Muslim itu bersaudara! Kami bertolak ke Jakarta dengan penerbangan KLM Airlines ke Jakarta yang agak selesa.  Di airport kami dapat satu kereta sapu APV Suzuki, yang tahu destinasi yang kami tuju iaitu di Cibubur Jakarta.    Setelah setuju dengan harga kami pun bergerak, sendat dengan 7 orang penumpang.   Ijtimak Ulama Tabligh merujuk kepada perhimpunan besar jemaah Tabligh yang melibatkan para ulama dan ahli jemaah dari pelbagai negara, bertujuan menguatkan iman, dakwah dan amalan Islam. Apakah Ijtimak Tabligh? Ijtimak bermaksud perhimpunan. Ia dianjurkan oleh Jemaah Tabligh, sebuah gerakan dakwah Islam yang menekankan: Pengislahan diri Dakwah secara aman Amalan sunnah Nabi...

Keraton Jogjakarta: Terpegunku dengan slogan "takhta untuk rakyat"

  Sultan Hamengku Buwono ke 9 Sesuatu yang sungguh menyentuh jiwa, bila seorang raja sanggup berkorban untuk mengorbankan kedudukannya demi kepentingan rakyat. Sultan Hamengku Buwono ke 9  Gabenor Daerah Istimewa Jogjakarta yang pertama dan Timbalan Presiden Indonesia yang kedua.  Beliaulah yang telah menyerahkan Jogjakarta sebagai sebahagian dari Republik Indonesia.  Slogan beliau "Takhta untuk Rakyat". Nota penyerahan kerajaan Jogjakarta sebagai sebahagian dari wilayah Indonesia. 1945. Sampai sekarang Gabenor Jogjakarta adalah dari keturunan Hamengku Buwono. Nota tulisan tangan Sukarno sebagai tanda terima kasih atas kesudian Jogjakara menjadi sebahagian wilayah Republik Indonesia. Seorang raja dengan semangat patriotik yang tinggi, "Walaupun saya telah mengenyam pendidikan barat yang sebenarnya, namun pertama-tama saya adalah dan tetap adalah orang Jawa" - Sultan Hamengku Buwono ke 9 Logo keraton Jogjakarta Sri Sultan Hamengku Buw...