Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Salzburg : Ku rindukan sungaimu yang lesu sepanjang hari

Kutemui Salzburg ketika matahari belum terbit. Aku hanya mampu memandang Sungai Salzach yang membelah kota lama (Altstadt) dan kota baru (Neustadt) Salzburg yang mengalir dengan tenang dan lesu menuju destinisinya. Salzburg adalah sebuah wilayah Austria yang terletak di bahagian utara Banjaran Alps dan dekelilingi oleh dua gunung kecil iaitu Monchsberd dan Kapuzinerberg. Salzburg berasal dari bahasa Jerman yang bermaksud kota garam.  Diceritakan kota ini dulu adalah penting untuk peniagaan garam di Eropah dan sungai Salzach inilah yang menjadi nadi perhubungannya. Pada tahun 1997, UNESCO telah memasukkan Old Town ini ke dalam World Heritage Site dengan nama Historic Centre of the city of Salzburg. Mentari baru muncul dan kelihatan manusia mula bangun dan bergerak menyusuri sungai lesu ini.  Mamat melayu ini masih bermenung dan merenung sungai ini, cantiknya kejadian ciptaan Allah ini. Daun maple berguguran, mencetus ilham untuk berkarya. Seorang tua me...

Cappadocia : Melayan lenggokan merpati yang mengasyikkan

Cappadocia ni memang happening.  Berbaloi untuk sampai tempat seperti ini.  Landskapnya memang unik dan melekat kat minda walau dah lama masa berlalu.   Salah satu yang uniknya tempat ini bukan sahaja manusia suka tinggal tetapi menjadi syurga untuk burung merpati berkomuniti. leka melihat kerenah burung merpati ini.  Nun.... lubang-lubang keci gua itulah tempat kediaman merpati ini, higga tempat ini digelar pigeon valley...      

Yeralthi Sehri : Kuhayati puing-puing penghuni "underground city" di Turki

Perjalananan yang jauh dari Istanbul ke Capacodia memang memenatkan, bayangkan bertolak dari Istanbul jam 6pm dan hanya sampai ke Capacodia ini jam 9 am. Yang paling menarik ialah semasa melihat "Ozkonak Yeralti Sehri".  Bahasa mudahnya Bandar bawah tanah Ozkonak.  Bandar bawah tanah di sini banyak.  Ada yang masih berfungsi, ada yang masih terbenam dan belum diterokai dan ada yang menjadi tempat perlancongan sahaja. Itulah maksud Yeralti Sehri @ Underground city. Banyak kawasan perumahan di atasnya.   Yang paling menariknya aku berkenalan dengan imam Omar, dia part time berjualan di gerai cenderahati.  Dia bercerita dialah orang yang mula-mula menjumpai Ozkonak underground city ini.  Aku mula-mula macam tak percaya, lalu dia menawarkan aku membeli buka tentang undergound city ini.  Baca-baca ... memang benar dakwaan imam Omar ini. Nama dia Omar, imam itu aku gelar aja sebab dia kata dia jadi imam di kawasan penempatan Ozkonak ini. ...