Skip to main content

Geneva - Mendongak le jet d'eau di Lakefront

Geneva dalam kenangan.  Satu kemestian jika sampai ke sini ialah
mengunjungi air pancut yang tinggi menjulang ini
Namanya ialah "Le Jet d'eau de Geneve"
Yang menariknya, tinggi pancutan air ini ialah 140 meter.
Air pancut ini terletak di Lake Front Geneva.  Kawasan macam tasik yang luas.
Banyak aktiviti kapal layar di sini.  Tersusun dengan rapi.
Air pancut ini telah di bina pada tahun 1886.  Dua tahun lebih awal daripada
menara Eiffel Paris siap dibina.
 

Ini ialah lokasi Geneve Lakefront
Masa ni hujan gerimis... dahlah sejuk....
 Kota Geneva ini memang bersih dan teratur..
 Dah boring .....angsapun boleh buat kawan.

 Ambil foto pakai tripod,  Masa macam ini bebas sebab orang belum ramai keluar.

 Aku tak suka berselfie... pakai tripod lagi best.  boleh bergaya.  Gaya trademark....?
Tapi nak mengusungnya satu kerja. Sebab itu aku hanya bawa kamera yang agak sederhana dan 
gunakan tripod yang ringan sahaja.  Senang nak bawak sana sini..

 Tak payah mintak tolong orang yang lalu lalang untuk ambil foto.  Senang dan boleh syok sendiri.




Kalau berselfie ..... muka nampak besar........ nampak kedut kat muka....
 Yessss....... Geneva yang masih sunyi di kala awal pagi, lepas hujan pulak tu...

Ku tinggalkan Geneva dan mungkin tak datang lagi kerana hanya sekadar
menikmati air pancut di Lakefront.

'

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...