Mengembara menggunakan kereta sewa memang menyeronokkan, rasa
bebas dan dapat melihat pemandangan dan pergi ke mana sahaja sesuka hati kita.
Kita dapat menikmati pemandangan yang cantik sepanjang jalan dan boleh berhenti
mengambil gambar dan sebagainya.
Semasa memandu dari Barcelona ke Valencia,
tiba-tiba merasa hendak membuang air kecil dan akhirnya berjumpa dengan tempat
berhenti di sisi lebuhraya di Tarragona.
Cari-cari tandas tak jumpa. Rupa-rupanya orang ramai berhenti di situ
untuk melihat Roman Bridge yang dibina sebelum tahun masehi lagi.
Lepas itu terus memandu dan melihat ladang limau yang seluas mata memandang. Timbul rasa geram untuk berfoto di ladang limau yang sedang menguning masak.
Lalu berhentikan kereta di tempat yang sesuai
dan berfotolah sesuka hati di ladang limau itu tanpa izin. Ambil gambar sahaja sambal pegang-pegang
buahnya. Tak mencuri tau..!
Banyak lagi peristiwa seperti ini sepanjang mengembara menggunakan kereta.
Lepas itu terus memandu dan melihat ladang limau yang seluas mata memandang. Timbul rasa geram untuk berfoto di ladang limau yang sedang menguning masak.
Banyak lagi peristiwa seperti ini sepanjang mengembara menggunakan kereta.
Pada mula-mula dulu memang timbul takut kerana jalannya yang terbalik (memandu
di sebelah kanan) dan stereng kereta di sebelah kiri, gear sebelah kanan,
signal sebelah kiri, wiper sebelah kanan yang mana semuanya terbalik. Tetapi, insya
Allah selepas 30 minit rasa panik, risau, gelisah atau orang putih panggil
“overwhelming” hilang.
Mengembara merentasi Eropah menggunakan kereta memang sangat
efisyen dan menyeronokkan. Kita akan merasa pengalaman memandu kereta di
lebuhraya tanpa hadlaju di Jerman atau yang dipanggil Autobahn. Memandu sambal menikmati
pemandangan indah Banjaran Alps di Switzerland di jalan yang curam dan
berkeluk-keluk sangat mendebarkan.
Pengalaman memandu kereta sewa yang pelbagai sangat mengujakan. Ada
yang pernah bertanya saya, selamatkah memandu di sini? Tak takutkah kalau
kereta sewa rosak? dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan anda, syarikat
kereta sewa di sini bukanlah syarikat “kampung” yang mana kereta buruk dah
berusia 10 tahun dibuat sewa. Semua kereta yang disewakan berusia sekitar 1
minggu sehinggalah 2 tahun sahaja dimana selepas 2 tahun kereta tersebut akan
dijual. Kereta sentiasa dijaga rapi jadi kebarangkalian untuk rosak (breakdown)
adalah sangat rendah. Sepanjang pengalaman saya dan rakan-rakan yang sudah
bertahun menyewa kereta di sini belum lagi ada kes breakdown ini dan adalah
sangat selamat. Untuk memandu di sini anda hanya perlukan lesen memandu
Malaysia yang sah, berumur lebih 19 tahun dan juga mempunyai kad kredit.
Selain itu tiada kes jenayah yang berlaku seperti rompakan,
kecurian, kehilangan kereta dan sebagainya. Namun sekiranya anda memandu ke
negara Eropah timur anda harus lebih berhati-hati apabila meletak kenderaan
anda kerana risiko kecurian. Oleh sebab itu anda harus declare kepada syarikat
sewa kereta yang anda akan memandu ke Eropah Timur dan anda akan dikenakan
insurans tambahan.
Sewa kereta adalah sangat mudah dan sangat menjimatkan sekiranya
anda mengembara sekeluarga atau berkumpulan kecil diantara 4-5 orang. Saya bagi
contoh – untuk anda bergerak dari Frankfurt ke Amsterdam, harga tiket kapal
terbang adalah sekitar €230 seorang pergi balik. Tiket keretapi pula adalah
€198 seorang pergi balik. Bagi kereta pula anda boleh sewa kereta untuk ke
Amsterdam pergi balik selama 3 hari hanya €80 dan kos minyak pula sekitar €70
dan keseluruhan menjadi €150 sahaja. Sekiranya dibahagikan kepada 4 orang maka
seorang baru berjumlah €37.50. Tiada tol yang harus dibayar di antara
Jerman, Brussel dan juga Holland. Lebih untung bukan?
Namun sila pastikan yang kereta tersebut diberikan “Unlimited
Mileage” maknanya anda boleh memandu sejauh yang mungkin. Bagi kenderaan yang diberikan
“limited mileage” maka agak susah kerana telah ditetapkan had kilometernya dan
sekiranya anda memandu lebih dari had maka akan dicaj bagi setiap kilometer
yang lebih tadi sekitar 15 sen per kilometer.
Bagi yang berminat untuk menyewa kereta, anda boleh buat
tempahan di laman web berikut:-
Atau google sahaja dengan kata carian “cheap car rental in
europe”. Sila bandingkan semua website yang ada bagi mendapatkan harga yang
murah. Memandu adalah pilahan yang terbaik dan anda tidak akan lupa pengalaman yang menarik ini.
Comments