Memandu sendiri semasa mengembara memang menyeronokkan. Rasa bebas dan mudah membuat keputusan serta dapat menyelinap ke seluruh pelusuk tempat. Rasa mengantuk...... parking dan terus tidur. Perut lapar .... tangan di stereng, sambil mengunyah roti dan serunding daging ..... mudah dan merdeka......!!!!
Volkswagen POLO untuk meronda di Spain |
Kereta kecik pun ok. Jimat. Sesuai untuk travel seorang dua. |
Yang ini Starex Hyundai, masa kembara Bosnia, Crotia dan Slovania. Sesuai untuk travel 6 orang. Besar, jimat dan selesa. |
Boleh jadi "hotel bergerak". Save tak payah keluar duit untuk tempat tidur. Parking kat R&R......tidur. |
Volkswagen TOURAN semasa kembara Jerman, Belgium, Belanda, denmark, Norway dan Sweden. Hebat performance kereta ini. Sesuai untuk travel 4 orang. |
5. Anda boleh mengambil dan menghantar kereta di lain stesen contohnya ambil kereta di Paris dan pulangkan di Amsterdam. Sila pilih stesen mana hendak diambil dan stesen mana hendak dikembalikan. Akan ada caj tambahan disitu.
Memang best memandu kereta ini |
Yang ini Wolkswagen POLO Diesel Turbo. Memang syokk... walau kecik tapi best. |
Memandu kereta ini semasa travel Andalusia - Portugal |
Puuuhhhh. Memang bergaya drive Peugeot 508 SW ini. |
10. Kereta yang diberikan kepada anda adalah dengan minyak yang penuh atau “full tank”. Jadi sila isi penuh kembali apabila memulangkannya. Sekiranya gagal maka kad kredit anda akan dicaj.
Memandu kereta ini semasa travel Itali - Jerman - Switzeland - Austria |
12. Hadlaju lebuhraya di semua negara di Eropah ialah 130kmj kecuali di Germany yang mana kebanyakan segmen lebuhraya adlah tanpa hadlaju. Anda boleh memandu selaju yang mungkin, namun sekiranya terpandang pertukaran hadlaju atau papantanda menujukkan hadlaju maku haruslah ikut arahan tersebut. Sekiranya tiada papantanda menunjukkan hadlaju maka anda boleh memandu selaju mungkin.
13. Kebanyakan lebuhraya di negara lain selain Germany mengenakan tol.
14. Pulangkan kereta di dalam waktu yang ditetapkan dan di dalam keadaan yang baik. Kalau dalam kontrak dinyatakan perlu hantar sebelum jam 10 malam sila hantar sebelum waktu tersebut. Sekiranya terlebih maka anda akan caj satu hari lagi.
Comments