Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Jungfrau, "Top of Europe", Switzland.

JUNGFRAU YANG PUTIH RAMBUTNYA Satu purnama yang lalu hamba berada di sini, menikmati Jungfrau yang sasa, yang kepalanya dipenuhi salji putih sepanjang tahun. Hamba bandingkan dengan pemandangan awal pagi di Kundasang mengadap Kinabalu yang juga gagah perkasa. Hamba lebih kagum pada Jungfrau kerana nampak bersih, tersusun dan kemas dan hamba pasti orang asing pula akan lebih kagum pada Kinabalu yang penuh sesak dengan flora dan faunanya. Cantik itu subjektif. Subjek yang dekat dan selalu dilihat selalunya akan terlepas pandang. Tetapi subjek yang pertama kali dilihat lebih membekas di hati. Itulah manusia......

Bandung - Kujumpai Masjid Lautze 2yang tersepit di celah Kota Bandung

        Sesuatu yang menarik ketika hamba jalan-jalan di Kota Bandung ialah  hamba “terjumpa sebuah masjid yang unik”.  Masa itu masjid hendak ditutup sementara, hamba mohon pada nojanya untuk solat tahyatul masjid. M asjid Lautze-2 ini didirikan pada tahun 1997, dengan usaha beberapa tokoh   muslim keturunan Cina di Jalan Tamblong 27, Bandung. Dengan tempat yang hanya berukuran lebih-kurang 7 x 6 meter persegi, masjid ini hanya dapat menampung 120 jamaah shalat Jumaat.    Rekabentuk Masjid Lautze 2 Bandung merupakan gabungan antara budaya Sunda, Cina, dan Arab.  Masjid ini berwarna merah. Dinding depan masjid di hias dengan jeriji besi berwarna kuning dengan garis - garis merah. L engkungan besar sebagai gerbang menuju pintu masuk masjid juga berwarna merah. K ubah warna merah sengaja dipasang di ba ha gian atas untuk membedakan bangunan masjid ini dengan bangunan di seki t arnya. D ekorasi di dalam m asjid pun di dominasi...

Benua Eropah: Apa di agung bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris terpingiir di Benua Eropah.  Kesian? 12 hari berjalan-jalan secara marhaen di Eropah, memandu kereta sewa dari Milan ke seluruh pelusuk Switzland, Jerman, Austria dan Itali memberi banyak pengalaman dan pengetahuan. Yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. lebih baik negeri sendiri. Oleh kerana nak cari pengalaman secara marhaen, dua perkara yang jadi keutamaan iaitu WC dan Info. WC alias tandas sgt penting kerana sumber utk mengguna air dan tempat utk membuang air. Sukarnya utk mencari WC, sukarnya utk mencuci, berwuduk, mandi apatah lagi. WC mereka mesti kering hingga cuci najis pakai kertas saja. WC yg 24 jam hampir tiada.Syukurnya jadi rakyat Malaysia kerana WC dan air ada di mana-mana.  R&R kita memang terbaik. Untuk meredah destinasi yang spontan memerlukan informasi yang tepat. Bayangkan dari Milan ke Como, Lugano, St. Moritz, Davos, Zurich, Interlaken, Geneva, Bern, Basel , k...