Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...

Masjid GEDHE Jogjakarta yang antik

                                         MASJID GEDHE KAUMAN JOGJAKARTA                                            Keraton Sultan Jogja              Setelah penat menziarahi Keraton Sultan Hamengku Buwano ke 11, Gabenor Jogjakarta masa kini, hamba mahu kembali ke Malbioro untuk berglosir. Sambil berjalan kaki itu, hamba singgah sebentar ke sebuah masjid yang nampak sederhana sahaja. Masjid itu bernama Masjid Gedhe Jogjakarta. Masjid   tertua yang dibina oleh Kerajaan Islam Ngayogyokarto Hadiningrat atau Kasultanan Jogjakarta. Masjid Gedhe dibangun oleh Sri Sultan Hamengku Buwana I Senopati ing Ngalogo Abdurrahman Sayidin Panatagama Kalifatullah ing Ngayogyokarto. Masjid Gedhe didirikan pada tanggal 29 Mei 1773 ( dalam pras...

Mekah - Jabal Uhud yang perkasa

berlatar belakangkan Jabal Uhud yang perkasa Sejarah hebat yang pernah tercatat dalam sirah Nabi.  Di sinilah berlakunya perang Uhud yg mashur itu. Bukit Pemanah yang tetap setia walaupun pasukan pemanah itu turun meninggalkannya. Yang menariknya, jemaah negara lain ada buat tazkirah di tempat strategik ini, selain dapat menghayati suasana, dapat pula muhasabah diri dan mendapat "ibrar" di sebalik peristiwa yang berlaku.  Jemaah dari Tanah Melayu cuma dengar kisah ini dalam bas dari "tour guide" sahaja. Sekadar mendapat ilmu! Pesan spiritual:         Pesan Buya Hamka, "Orang yang berakal ialah orang yang tahu di mana kekurangan dirinya, lalu berusaha memperbaikkinya."

Princess Sumaya University for Technology

PSUT Amman, Jordan dalam kenangan Universiti yg moden khas utk pembangunan ilmu dan kemahiran teknologi bagi pelajar Jordan.  Terletak bersebelahan dengan Universiti Jordan di Amman.  Universiti ini dinaungi oleh keluarga diraja Jordan. Pesan Intelektual:  "Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada pengikut-pengikut kamu yang terdiri daripada kalangan orang yang beriman." (Al Syu"arak: Ayat 215).

Beijing Foreign Studies University

BFSU ; Beijing Foreign Studies Universiti Universiti yang penuh sesak dengan pelajarnya. Agak menarik kerana ada pelajar Cina yg belajar bahasa Melayu di sini.  Salah seorang tenaga akademiknya ialah Dr Awang Sariyan ketika beliau belum menjadi boss DBP.  Bahasa Melayu memang telah diterima sebagai salah satu bahasa utama dunia.  Cuma orang Melayu "perlembagaan" sahaja yang tidak tahu menilainya. Asal Usul Pengajian Bahasa Melayu di Beijing 📍 Asal Penubuhan Beijing Foreign Studies University (BFSU) adalah universiti terawal di China yang membuka program pengajian Bahasa Melayu, bermula pada tahun 1961–1962 sebagai sebahagian daripada Institut Bahasa‑bahasa Asia dan Afrika.   Profesor Wu Zongyu dikenali sebagai perintis utama yang memulakan pengajaran Bahasa Melayu di universiti ini, meletakkan asas bagi kajian dan pembelajaran bahasa tersebut.   📍 Sekolah Pengajian Asia Jurusan Bahasa Melayu berada di bawah Sekolah Pengajian Asia (Sch...

Universiti Brunei yang cantik

Photo kenangan ketika mengunjungi perpustakaan Universiti Brunei Darus Salam.  Mana-mana library di IPT kelihatan mempunyai pandangan yang sama.  Kemas, cantik, tersusun, bersistem tetapi kurang dikunjungi oleh manusia. Jika adapun tidak ramai jika dibandingkan dengan nisbah buku dan kerusi yang ada.  Mereka lebih suka melayari "library" internet. Bagaimanakah caranya untuk kita mengatasi fenomena ini.  Library kena cari formula baru dan think out of the box. Pesan intelektual:   Pesan Imam Syafie, "Takkan kau dapatkan ilmu, kecuali dengan enam hal, kecerdasan, semangat keras, rajin dan tabah, ada biaya yang cukup, bersahabat dengan guru dan waktu yang lama.

Bandung - Bersolat Jumaat di Masjid Raya Bandung yang berciri Sunda

Memori pada tahun 2011, ketika ada tugasan membentang kertas kerja di Institut Teknologi Bandung, hamba mengambil kesempatan untuk solat Jumaat di Masjid Raya Bandung.  Kebetulan jarak hotel dengan masjid ini lebih kurang 1 km sahaja.  Yang menariknya sebelum solat Jumaat itu ramai orang berniaga pelbagai jenis barangan makanan. Meriah rasanya. Namun isu yang biasa ialah dilarang ada aktiviti berniaga ketika khutbah dijalankan.  Masjid Raya Bandung , yang dulu dikenal dengan nama Masjid Agung Bandung adalah sebagai masjid provinsi bagi Jawa Barat.  Masjid ini pertama dibina tahun 1810, dan sejak didirikannya, Masjid Agung telah mengalami lapan kali pengubahsuaian pada abad ke-19, kemudian lima kali pada abad 20 sampai akhirnya direnovasi lagi pada tahun 2001 sampai sampai perasmian Masjid Raya Bandung 4 Jun 2003 yang diresmikan oleh Gubernur Jabar saat itu, H.R. Nuriana.  Masjid baru ini, yang bercorak Arab, menggantikan Masjid Agung yang lama, yang bercorak kh...

Kochin India: Solatnya sama dengan negaraku

Selesai Solat Zohor Mencari tempat solat di Meridien Hotel, Kochin namun tidak berjumpa.  Maka hamba terpaksa menaikki bajaj utk menghantar hamba ke masjid berdekatan.  Masjid terdekat bernama Masjid Al-Hinaya Nettoor. Ada 3 baris solat berjamaah zohor.  Boleh tahan ramai.  Yang menariknya cara mereka solat 100% macam di Malaysia, mungkin mereka ini bermazhab Imam Shafiee. Duduk tahhiyat akhir mereka sama dengan kita, selepas solat mereka berzikir dan berdoa bersama-sama. Hamba terfikir mungkin Muslim India Kerala ini mempunyai peranan dalam mengislamkan orang Melayu.  kebetulan tempat ini mengadap Laut Arab, dan kebetulan juga mereka adalah tempat pengumpulan rempah ratus dari nusantara untuk di bawa ke Tanah Arab dan Eropah.  Dan berbetulan juga mereka pernah ditawan oleh Portugis. Jika dikaji secara mendalam mungkin ada pertalian sejarah antara satu sama lain. Masjid Al Hinaya Nettoor, Kochin, Kerala, India Pesan Spiritual:  Kata Imam Muz...

Hatyai: KuMeredah Negara Gajah Putih

Posing bersama Aman, Siti dan Awe di Masjid Fath Islami Danok, Thailand. Menunaikan solat zohor Qasar di Masjid Jamek di Danok, selepas melepasi sempadan secara sah. Masjid ini bersih dan nyaman.  Selesa utk solat.  Satu yg hamba disiplinkan famili hamba ialah walau kemanapun semasa "berjalan" solat mesti di masjid.  Selain dapat pahala iktikaf, kita dapat memahami kekuatan "amalan" penduduk sesuatu tempat.  ini ditandai dgn solat fardu dlm jamaah yg ramai, kebersihan tandas, sejadah kemas dan manis muka para jemaah. Solat dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai, Songkla dan Satun Pesan spiritual; "Dengar azan baru gi masjid, itu tandanya "dipanggil baru datang."  Orang macam ni biasa-biasa aja.  Tapi kalau belum dengar azan dah gi masjid, ini orang hebat! Ya Allah kurniakan hamba taufik hidayah-Mu supaya hamba mempunyai keazaman, kekuatan dan istiqamah untuk datang awal ke masjid sebelum terdengar laungan azan memanggil. H...

Taj Mahal yang menawan

Sejak kecil hamba dimomokkan dengan Taj Mahal.  Lambang cinta agung Shah Jahan dan isterinya Mumtaz Mahal.  Mereka dimakamkan bersebelahan dalam bangunan ini. Taj Mahal adalah kuburan berbumbung yang cantik.Projek mega yang mengerah kreativiti, kepakaran, modal, masa, tenaga dan komitmen yang sangat tinggi. Membazirkah Taj Mahal ini? Berbaloikah usaha ini hanya kerana untuk melampias emosi kenangan silam yg songsang seorang manusia? Pada hamba bangunan bikinan manusia ini memang yg paling cantik hamba lihat.  Simitrinya, lukisan di marblenya sgt memukau, kedudukannya di tebing sungai Jamuna memang menawan.  Kebun bunganya terhias indah.  Kolam-kolam yg simitri, 4 menara yang juga simitri, dinding yg berubah-ubah warna.  Wow.. redup mata memandang.  Pelancong sendat di sini, dan ia adalah tarikan utama pelancung ke India.  Sumber pendapatan negara. India terkenal kerana Taj Mahal ini walaupun rakyat sekitar AGRA city ini rata-rata miskin. ...

Kochin - PekenaTeh tarik di Citadoor Village

Teh tarik keras Kochin made.           Setelah menyelusuri "back water" dengan feri, kami berehat sebentar di sebuah kampung pendalaman, bernama Citadoor Jetty. Kampung yang miskin dan ketinggalan.  Kebetulan kami kehausan dan ada sebuah warung teh tarik.  Yang menariknya minuman kami dibayar oleh mamat tabligh yg sedang membuat usaha dakwah di situ. Mereka menghormati tetamu walaupun mereka bukanlah berharta.

Kochin: Nasi Beriani Kerala.

hamba, anas, hj hasan dan lie sedang pekena nasi beriani           Hamba dan rakan terpegun dengan keenakan nasi beriani gam kerala lauk kambing.  Harganya murah kalau duit kita tak sampai RM 5.  Minyak tak banyak, tak ada warna warni. ada yogurt, jeruk lada dan jeruk bawang sahaja.  Memang spesial, kebetulan rempah terbaik dunia terdapat di bandar Kochi ini.  Kochi adalah ibunegeri wilayah Kerala. Restoran ini terletak di jalan MGR ( Mahatma Ghandi Road).  Yg seronoknya mamak yg berdiri itu pandai cakap melayu.  Katanya lama bukak kedai mamak di JB.  Bahasa Melayu memang senang dipelajari.  Bahasa lingua franca nusantara. Cuma orang Melayu perlembagaan sahaja yang tidak tahu menghargainya.  Mereka juga bangga dengan Tun M, kerana kononnya kata mereka akar keturunan Tun M dari sini.

Beijing: Kedai teh pun masuk pakej lawatan

Kedai teh di Beijing Hamba rasa tak seronok dengan lawatan hamba ke Beijing. Semuanya telah diatur sehinggakan kedai teh pun kena lawat.  Gi cameron highland lagi canggih. Kalau sekedar nak beli teh, kedai mamak pun melambak. Namun sesuatu yang menarik, cina beijing kulitnya putih kemerahan, tinggi-tinggi dan hidung mancung-mancung.  Berbeza dengan cina malaysia yang kebanyakannya berasal dari south China.

Ayahandaku askar British?

Ayahanda dua dari kiri bersama-sama Tuan British yg mencangkung di tengah. British memang baik dari segi PR dan rapport mereka.  Abdullah Munsyi memuji-muji mereka dalam bukunya, Hikayat ABDULLAH. Mereka menjajah Tanah Melayu selama hampir 200 tahun, melahap kayu balak, bijih timah dan hasil mahsul yang lain. Membawa masuk bangsa-bangsa lain secara besar-besaran.  Mencuri kitab dan buku-buku penulisan lama hingga tiada dpt di kesan kemana perginya. Menukar-nukar raja melayu sesuka hatinya.  membuka sekolah-sekolah convent.  tapi generasi ayahanda hamba tidak melihat British sebagai musuh.  Bijak sungguh mereka.  nasih baik kekalahan mereka kepada Jepun membuka mata rakyat tanah Melayu erti kemerdekaan. Bonda hamba bersama isteri-isteri askar Gurkha, Punjabi dan askar British di Kluang, Johor

Muhasabah di Ranah Tebo

Hamba melihat marga hamba tidaklah merempat di sini, tetapi mengapa ninda hamba meninggalkannya di kala umurnya masih belia.  Meninggalkan keluarga, rakan sebaya dan harta dunia di ranah Tebo.  Ilmu fardu ain yang dikejarnya. Mondok di Kedah bertahun-tahun, dan menjadi lebai di  umur tuanya. Nindaku, hijrah mu hanya kerna mencari ilmu, bukan harta dunia, pangkat atau kuasa. Masjid Dusun Tanah Tumbuh, Bungo, Jambi adat resam khas masyarakat Tanah Tumbuh, Kabupaten Bungo, Jambi, yang berakar daripada adat Melayu Jambi dengan pengaruh kuat adat Minangkabau (Perpatih) dan Islam. Adat Resam Khas Tanah Tumbuh 1.  Adat Basandi Syarak Pegangan utama masyarakat: “Adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah” Segala adat tidak bercanggah dengan Islam Ulama dan ninik mamak berperanan bersama dalam masyarakat Struktur Adat 2.  Ninik Mamak & Penghulu Ninik mamak: penjaga adat dan kaum Penghulu / Depati: ketua adat dusun Duba...