Bila aku berjalan ke Georgetown, aku suka iktikaf di Masjid Kapitan Keling walaupun sebentar. Selain daripada itu aku suka rasa nasi kandar dari kedai yang berbeza. Pada satu hari usai solat subuh di masjid Kapitan Keling aku jalan kaki balik ke hotel Journey di Transfer Road. Kalau jalan kaki jauh jugak rasanya. Namun aku anggap macam brisk walk sahaja. Sambil jalan-jalan tu, terjumpa restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang. Teringat pesan Azhar kawan sebilik semasa umrah tahun lepas, yang katanya nasi kandar kat sini kena cuba. Aku sampai awal pagi nasi kandar tak buat lagi, maka makan roti canai sahaja. Lepas sarapan aku terus balik ke Hotel Journey, dalam perjalanan jumpa satu bangunan yang sedang diperbaiki. Makam itu ialah Makam Datuk Koyah. Setelah beberapa lama baru aku dapat kaji tentang Datuk Koyah itu. Kerja- kerja pemuliharaan semula Makam Datuk Koyah berusia 175 tahun dekat Jalan Transfer di tengah-tengah bandaraya Georgetown. Bangunan Makam Datuk Koyah ...