Skip to main content

Menjalin ukhuwah dengan rakan-rakan baru di Masjid Ar Rahman Hitachi Jepun



Tahun 2017, aku travel Jepun dengan kawan dengan tujuan utamanya untuk melihat Gunung Fuji.  Masa tu cover Tokyo, Fujiyama dan Nagoya sahaja. Kemudian pada tahun 2020, anak aku Abdul Rahman dapat belajar di Jepun dengan tajaan JPA. Tiga tahun diploma di sebuah kolej di Saitama dan sambung dua tahun lagi ambil ijazah di Universiti Ibaraki di kampus bandar Hitachi. Aku pergi lagi Jepun tengok anak pada tahun 2023.


Kebetulan anak aku ni selalu ditolak jadi imam dan khatib Jumaat di masjid Hitachi yang berbetulan nama masjid ini sama dengan nama anak aku Abdul Rahman. Maka aku selalulah lepak di masjid ini.



Masjid Hitachi ini adalah sebuah bangunan yang asalnya sebuah rumah banglo yang kecil, dibeli oleh jutawan Arab dan diwakaf menjadi masjid.


Kebanyakan jemaah masjid ini ialah student Melayu yang belajar di Universiti Hitachi.


Ada juga 2 orang Arab dan satu keluarga Pakistan. Kalau solat Jumaatnya tak sampai 20 orang.


Hampir dua minggu aku kat Hitachi ni, aku kenal seorang lelaki Jepun yang berumur 60an. Dia rajin dtang masjid dari waktu maghrib hingga isya. Tolong membersihkan masjid dan berbual-bual dengan jamaah. Tapi bila orang solat dia tak ikut. Masih belum dapat hidayah masuk Islam. 


Tak tahulah kenapa orang Jepun ni susah nak peluk Islam. Yang pasti mereka ini tak terpikat dengan slogan dan retorik semata-mata, mereka mahu lihat amalan baiknya, mereka mahu semua ajaran itu diterjemah dengan perbuatan.




Aku pun lupa nama kawan Jepun ni, mudahan cahaya Islam masuk ke hatinya.


Meraikan rakan-rakan Abdul Rahman yang belajar di kampus Hitachi.





 


Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...