Saja nak share tentang memori masa menghadiri satu konferen di Hotel Ciputra Jakarta. Bukan sangat nak cerita tentang aktiviti akademik, tapi cerita tentang mulanya terbentuk team ronda dunia.
Semuanya bermula bila ada lima rakan sekerja yang berminat untuk membentang kertas kerja di Jakarta ini. Pertamanya kerana konferen dijalankan di hotel lima bintang dan tak jauh dari pusat kota.
Masalahnya ada rakan yang terlupa booking hotel, maka terpaksalah masuk satu bilik lima orang. Betul-betul macam orang kampung masuk bandar. Dari sinilah proses team building berlaku dan melihat ada keserasian antara satu dengan lain.
Bayangkan satu bilik layak dua orang, sumbat sampai lima orang. Nak masuk bilik kena curi-curi masuk, malu kalau kena sound, dah pakai tali leher dan blazer, presenter pula.
Bila dah satu kepala mulalah redah Jakarta semahunya, Tanah Abang, Blok M, Taman Ancol, Mangga besar, Mangga kecil dan entah apa-apa lagi. Semua satu kepala makan nasi padang sapu sampai habis, dendeng, kekel, jus terung belanda, bayar sama-sama.
Nampak kompak dan ada ciri-ciri budget traveller. Mulai sinilah mulanya idea-idea meredah dunia .
Team Hotel Ciputralah inilah akhirnya dikenali bukan hanya sebagai akademis tetapi juga sebagai pengembara budget. Atau yang kami namakan kemudiannya sebagai kumpulan Hotel Car-lifornia yang membawa maksud mengembara dengan menyewa kereta dan tidur di dalamnya.
Comments