Aku ni bukannya jenis berani sangat dengan paras tinggi. Tidaklah ada phobia atau apa, cuma aku tak dapat feel melihat keindahan alam di bawah dan paras atas. Kalau naik kapalterbang aku pun tak suka duduk sebelah tingkap.
Namun semasa ke Menara Eiffel di Kota Paris, aku tak sempat booking tiket untuk naik menara ini. Rasa rugi dan menyesal. Sejak itu kalau aku pergi mana-mana kota, jika ada menara aku gagahi juga untuk naik.
Jadi bila sampai Sydney, aku paksa diri naik Sydney Tower. Menara ini adalah tempat pemerhatian dan pusat telekomunikasi sama macam Menara Kuala Lumpur.
Tingginya 309m, terletak di Sydney central business district. Berikut adalah gambar pandangan yang aku ambil dari atas menara ini.
Sydney Tower Eye ialah menara pemerhati tertinggi di Sydney dan ikon bandar yang terkenal.
📍 Lokasi
- 100 Market Street, Sydney NSW 2000, Australia
- Terletak di atas Westfield Sydney (pusat membeli-belah)
📏 Ketinggian
- Tinggi keseluruhan: 309 meter
- Dek pemerhatian: ±250 meter dari aras tanah
👀 Apa yang menarik
- Pemandangan panoramik 360° seluruh bandar Sydney
- Aktiviti Skywalk (jalan kaca di luar menara untuk yang berani 😄)
- Kafe dan ruang rehat di atas
🎟️ Tiket anggaran
- Dewasa: sekitar AUD 28–35
- Kanak-kanak: sekitar AUD 20–25
(Harga boleh berubah ikut musim)
🕒 Waktu operasi (biasa)
- 10:00 pagi – 8:00 malam
(Bergantung musim & hari)
Comments