Banyak kali kena scam walaupun kita dalam mode berhati-hati, berwaspada dan bersangka buruk. Dan itu memanglah adat sepanjang bertualangan. Semasa melawat Shimulak, satu spot perlancungan yang berada di kawasan banjaran tinggi Kazakstan, aku tertarik melihat pakaian tradisi orang Kazak dan seekor burung helang yang besar. Aku nak merasa berat helang itu jika letak di lengan dan hendak bergaya dengan baju tradisi orang Kazak. Selalunya aku memang tak minat dengan benda-benda macam ini. Mungkin sebabnya aku sedang berminat mengkaji sejarah dan pengaruh dua bangsa utama dari Asia Tengah iaitu bangsa Turki dan Monggol. Mahu memahami apa kaitan keduanya hingga mereka berjaya menjajah banyak negara. Maka akupun setuju untuk berfoto dengan mengenakan pakaian Kazak dan memegang seekor burung helang. Bayarannya USD10 kalau tak silap dengan janji diberi sekeping gambar dan dapat salinan gambar tersebut. Bila dah siap, setengah jam kemudian dia bagi sekeping gambar di atas yang saiznya kecil saha...
MOHD AMIN AHMAD ajiemintebo@blogspot.com