Selepas berlibur di Tasik Tiberias atau Laut Galilie, dalam perjalanan pulang ke Baitul Maqdis, kami singgah sebentar di tempat yang bernama Beit She’an yang terletak di Utara Palestin dan sempadan Jordan Syria. Berada di persimpangan Lembah Sungai Jordan dan Lembah Jezreel. Kedudukannya adalah antara Baitulmaqdis dan Tasik Galilee. Berjiran dengan Bukit Golan yang menjadi sumber utama air bersih Wilayah Syam. Beit She'an inilah yang dalam bahasa Arab dikenali sebagai Bisan.
Kota Bisan merupakan antara tempat bersejarah di dunia. Di sana terdapat kota lama yang dipercayai wujud sejak zaman gangsa. Terdapat kesan peninggalan Tamadun Firaun Mesir Purba (Firaun) dan juga Greek di sana. Menjadi penempatan Bangsa Kanaan yang terkenal dalam sejarah. Bangsa Kanaan ialah salah satu suku bangsa Arab. Mereka adalah penduduk asal Palestin, bukan bangsa Israel Yahudi seperti sekarang. Namun selepas daerah ini ditakluki oleh Zionis Yahudi, Kota Bisan menjadi kawasan majoriti Yahudi.
Kota lama ini indah dan subur dengan kebun kurma dan bermacam hasil pertanian. Mengikut maklumat yang diterima dari penduduk Palestin, kurma di Bisan kini masih lagi berbuah.
Malangnya, penghasilan kurma menurun dengan mendadak berbanding sebelum ini. Antara puncanya adalah kawasan ini semasa awal penjajahan Zionis adalah medan perang antara Arab dan Israel. Banyak kawasan tanaman yang musnah. Punca lain juga, kawasan ini diserang sejenis binatang perosak yang menyebabkan banyak pohon mati. Sungai Jordan yang mengairi Kota Bisan hingga ke Tasik Galilee juga semakin cetek dengan begitu drastik kebelakangan ini, menjadi salah satu faktor pengurangan kurma Bisan.
Namun yang paling jelas, apa yang hamba lihat, daerah Bisan ini telah mengalami proses urbanisasi, semakin banyak kawasan penempatan dibuka dengan pelbagai infrastuktur dibangunkan, yang akhirnya menyebabkan kawasan tanaman kurma sudah semakin mengecil. Fenomena ini sudah tentu akan menyebabkan kurma di Bisan akan pupus.

Menurut Hadis Nabi S.A.W, antara tanda kemunculan Dajjal adalah kurma di Kota Bisan tidak lagi berbuah. Kota Bisan menjadi tandus. Ia berlaku selari dengan Tasik Galilee yang tidak akan lagi berair. Fenomena kemarau menjadi salah satu di antara kejadian yang mendekati zaman keluarnya Dajjal. Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesungguunya sebelum keluar Dajjal akan berlaku 3 tahun yang sangat dahsyat. Manusia akan dilanda kelaparan yang teruk. Allah akan memerintahkan langit menghentikan satu per tiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan satu per tiga tumbuhan. Pada tahun kedua, Dia akan memerintahkan langit menghentikan dua per tiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan dua per tiga tumbuhan. Pada tahun ketiga, tuhan akan memerintahkan langit menghentikan keseluruhan hujan dan bumi menahan keseluruhan tumbuhan. Kesemua tanah akan kering-kontang dan tandus. Sahabat bertanya apakah makanan manusia pada waktu itu? Baginda menjawab, tahlil, takbir dan tahmid. Perkara tersebut akan dapat menggantikan makanan.” [HR Ibn Majah]

Kota Bisan .... saat pupusnya kurma semakin mendekat. Bersedialah!
Comments