Skip to main content

Kutemui Masjid Umar Al Khatab yang letaknya bersebelahan gereja suci kaum Kristian di Kota Lama Jurusalem.


Hamba rasa sungguh bertuah kerana diberikan rezeki untuk beriktikaf walau sebentar di Masjid Umar Al Khatab di Baitul Maqdis. Seakan-akan terbayang peristiwa pembebasan Palestin oleh Saidina Umar Al Khatab, penyerahan kota Baitul Maqdis oleh Ketua Paderi Kristian di dalam gereja suci mereka, dan selepas itu Saidina Umar menunaikan solat di luar bangunan gereja tersebut walaupun setelah ditawarkan oleh paderi untuk solat dalam bangunan gereja tersebut.  Selalu kita didengarkan cerita ini dari masa ke semasa. 


Masjid Umar Al Khatab  itu terletak di Kota Lama Jerusalem  di sebelah selatan Gereja Makam Kudus dan berada di Wilayah Kristen (Christian Quaters) di Jerusalem. Kota Lama Jerusalem ini terdiri dari Kuaters Muslim, Kuaters Kristian, Kuarters Yahudi dan Kuarters Armenia. Masjidil Aqsa terletak di kawasan Kuaters Muslim, Gereja Kudus Kristian di Wilayah Kuaters Kristian, sementara Tembok Ratapan dalam kawasan Kuaters Yahudi.


Masjid Umar adalah masjid yang dibangun pada masa kekuasaan Dinasti Ayyubiyah pada abad ke-12 untuk mengenang pengambilalihan kepemimpinan Jerusalem pada masa Khalifah Saidina Umar Al Khatab. 


Pada tahun 638 M, semasa pemerintahan Khalifah Umar Al Khatab, tentera Islam telah memulakan ekspedisi pembebasan tanah Palestin dari penjajahan orang Kristian. Tentara Islam telah mengepung Kota Lama Jerusalem dan akhirnya Paderi Besar Gereja Makam Suci bernama Sophronius, telah menyerah kalah dan menyerahkan kota itu kepada tentera Islam. Namun dia menetapkan satu syarat iaitu penyerahan itu mesti diterima sendiri oleh Khalifah Umar Al Khatab. 


Khalifah Umar Al Khatab memasuki Jerusalem dengan berjalan sahaja. Tidak ada pertumpahan darah dan tidak ada pembunuhan oleh tentara Islam. Barang siapa yang ingin meninggalkan Yerusalem dengan segala harta benda mereka, dibenarkan berbuat demikian. Barang siapa yang ingin terus tinggal dijamin keselamatan nyawa, harta benda, dan tempat beribadah mereka. Semua ini terdapat dalam Perjanjian Umariyyah.


Perjanjian antara Khalifah Umar Al Khatab semasa hari pembebasan Palestin dan Baitul Maqdis.


Khalifah Umar Al Khatab kemudian menemani Sophronious ke Gereja Makam Kudus dan ditawarkan untuk shalat di dalamnya. Namun Umar menolak karena ditakutkan dapat membuat umat Islam memiliki alasan untuk mengubah gereja tersebut menjadi masjid di kemudian hari,  sehingga Umar memilih shalat di luar di sebelah timur gereja.


Salah seorang mantan Yahudi yang masuk Islam, Kaab Al Ahbar, telah menasihati Khalifah Umar supaya mendirikan solat di satu tempat yang mengadap ke Kaabah.


Masjid ini dibina oleh Sultan Al Afdal bin Sultan Shalahuddin Al Ayyubi untuk mengenang peristiwa tersebut. Namun ada beberapa isu yang dipertikaikan kerana masjid ini sendiri terletak di sebelah selatan Gereja Makam Kudus dan bukan di sebelah timurnya, tempat Umar shalat. Posisi baru ini mungkin disebabkan lantaran pintu masuk Gereja Makam Kudus yang dipindahkan dari timur ke selatan gereja lantaran kerusakan yang terjadi pada abad ke-11 dan 12.


Berikut adalah rekabentuk dalam masjid, seperti ruang solat, dan mihrab serta beberapa gambar sebagai hiasan dan kenangan. 




Terdapat juga satu lukisan yang menggambarkan peristiwa Saidina Umar Al Khatab semasa memasukki Palestin atau Kota Jerusalem.








 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...