Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2024

Dari Jaffa , Galili, dan Jericho

 

Ronda di bandar Jurusalem

 

Kutemui Masjid Marwani yang terdapat Mihrab Siti Maryam di dalamnya.

Memang banyak kesan spiritual bila kita sampai ke Bumi Palestin yang penuh berkah ini. Kesan yang jelas ialah kita memahami lebih jelas kisah-kisah yang berlaku di bumi ini. Ramainya para anbia yang diturunkan di sini dan banyaknya kesan perebutan kuasa dari zaman dahulu hingga kini. Merasakan geramnya terhadap kelakuan Zionis Yahudi yang tidak berhati perut itu.  Alhamdulillah, syukur kerana Allah kurniakan hamba untuk sampai ke Masjid Al Aqsa ini. Setelah melihat sendiri, baru hamba membaca dan membuat penyelidikan dan akhirnya baru hamba tulis setelah hamba faham.  Mudah-mudahan ia memberi motivasi pada orang lain dan memahaminya sebelum mereka menziarahi bumi Palestin ini. Masjid Al Aqsa bukan sebuah masjid sahaja tetapi ia adalah sebuah kawasan besar yang terdapat beberapa masjid di dalamnya. Antara 4 masjid itu ialah Masjid Qibli, Masjid Buraq, Masjid Kubah Emas dan Masjid al- Marwani. Masjid Al-Marwani atau dikenali sebagai Musollah Marwani ini terletak dibawah dataran ...