Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Apa khabar rakan dari Maahad Mesbah E-Ulum Ranget Tanjung Emas Narathiwat

Rakan baik yang juga Pengetua Maahad Mesbah E Ulum Narathiwat. Beliau sanggup datang ke majlis walimatul urus anak hamba pada tahun 2016    Pada setiap hujung bulan Ramadhan setiap tahun, rakan dari Maahad Mesbah E-Ulum akan sampai ke Masjid Gemereh Segamat.   Memang tidak pernah mereka tak datang ke masjid kami sepanjang ingatan hamba tinggal di daerah ini selama 21 tahun.  Mereka datang sambil menziarahi rakan mereka juga berusaha mendapatkan sumbangan kewangan bagi membangunkan sekolah Maahad mereka.   Mereka berjaya membangunkan sekolah yang agak besar, kemas dan tersusun pengurusannya. Pengasas Maahad ini ialah Ustaz Hj Abdul Wahab. Dari tahun 1990an hingga tahun 2010, Ustaz Wahab yang akan datang bersama tiga orang rakannya. Beliau seorang yang menyenangkan dan sangat berkarisma. Lama di Timur Tengah dan mengenali bekas mufti Johor Dato' Noh Gadut. Ustaz Wahab seorang yang tawaduk dan berilmu tinggi.  Beliau adalah seorang tokoh agam...

Mengembara: Perlunya Pemahaman.

Piramid Giza.  Kekal selama 4 ribu tahun sebagai bangunan tertinggi di dunia.  Hanya ditewaskan ketinggiannya oleh Menara Effiel pada kurun ke 19.  Canggihnya Firaun, namun tersungkur di dasar Laut Nil kerana kufur dan sombong.  Peliknya kota Firaun sebenarnya berada di Luxor Aswan, selatan Mesir lebih kurang 8 jam perjalanan.  Masih banyak misteri yang tidak terungkai ...... Pertama kali hamba sampai ke sini ialah pada tahun 2012. Mengembara adalah aktiviti yang digalakkan dalam Islam terutama mengembara dalam rangka untuk menambahkan keimanan kita kepada Allah. Dalam mengembara, kita dapat merasai nikmat melalui pancaindera yang Allah kurniakan, mendapatkan pengalaman, menguji tahap emosi dan melembutkan hati dengan melihat dan memperakui kekuasaan dan kebesaran Allah. Kita boleh merasakan bertapa kerdilnya manusia bila melihat keindahan dan keunikan bumi yang Allah ciptakan ini, merasa betapa hinanya manusia setelah melihat tinggalan sejarah yang pernah ...

masjid berkunci di Jaen: Ingin hati mahu solat Jumaat di bumi Andalusia.

 Awal pagi dah bertolak dari Rute melalui jalan sempit dan banyak selekoh untuk ke Jaen.  Memang masa satu hari untuk ronda seluruh wilayah Jaen ini.  Namun biasalah Sepanyol ni dipenuhi dengan ladang Zaitun.  Macam kalau kat Malaysia tu kiri kanan dipenuhi dengan ladang kelapa sawit.  masa gi Jaen ni bulan Julai 2019.  Cuaca memang panas terik.  Aku memang dah niat dari Rute pagi tadi untuk solat Jumaat di Jaen dengan anggapan tentu wilayah tinggalan kerajaan Islam Andalusia ini masih banyak orang muslim.  Jumpa masjid di tengah bandar Jaen ini.  Waktu dah masuk Solat Jumaat ni, tapi tak nampak bayang orang gi masjid pun.  Mungkin mereka solat tempat lain, tapi yang musykil tu pintu dikunci... nak solat zohor pun tak boleh,  Apa boleh buat, kena balik Rute semulalah jawabnya.

JAEN: KUTEMUI BANOS ARABES

 Dari Rute aku memandu ke Jaen, tidak berapa jauh tetapi aku melalui jalan kampung yang bengkang bengkok, sempat serta bernulit-bukit.  Sepanjang perjalanan di kelilingi oleh ladang zaitun yang seluas mata memandang.  Meronda disekitar bandar Jaen, biasa-biasa aja bandar yang berbukit-bukit, jenuh berjalan dan mendaki.  Aku cuma nak gi Baranos Arabes.  Ini bangunan Banos Arabes.  Dulu adalah istana kepunyaan raja-raja Islam.  Akhirnya setelah dikalahkan oleh puak kristian ia dijadikan muzium.

Solat Zohor Asar di Masjid Giblartar Sepanyol

 Sampai Giblartar dah tengahari.  Masa ronda-ronda ternampak masjid yang cantik.  Tak lama kemudian tedengar azan Zohor.  Alhamdulillah ... aku gi solat Zohor di masjid itu.  Berborak-borak dengan imam Abdul Rahmad dari Mesir dan bilalnya dari Moroko.  Masjid besar dan indah ini ditaja oleh kerajaan Arab saudi.  Bergambar besama imam dan bilal masjid ini.  Sempat juga bertalaqi Al Fatihah dengan Imam Abdul Rahman ini.