Engku Puteri Raja Hamidah, Penjaga Alat Kebesaran Kerajaan Melayu Johor Riau. Masjid Sultan tampak jelas kekuningannya Semasa meronda-ronda mengelilingi Pulau Penyengat, saya mendapati makam Engku Puteri yang kelihatan lebih dimuliakan berbanding dengan makam Yamtuan Muda yang lain, hatta makam ayahanda Engku Puteri sendiri iaitu Raja Haji dan makam anak saudaranya Raja Ali Haji. Untuk mendapat gambaran yang mendalam saya telah membaca beberapa artikel dan mendapati artikel yang ditulis dalam https://www.thepatriots.asia/engku-puteri-raja-hamidah-permaisuhri-melayu-berjiwa-srikandi ini sangat menarik. Oleh itu saya menyalin kembali tulisan tersebut dengan sedikit tokoh tambah sahaja. Ini komplek makam Engku Puteri, dan juga makam Raja Ali Haji. Raja Hamidah atau Engku Puteri lahir sekitar tahun 1774. Beliau merupakan anak perempuan pertama Raja Haji, Yang Dipertuan Muda Riau Lingga IV (1778-1874). Ibunya adalah dari Perak, puteri kepada Daeng Kamboja. Ketika di...
MOHD AMIN AHMAD ajiemintebo@blogspot.com