Memang mudah untuk ke Pulau Karimun ini, perjalanan menggunakan feri cuma 55 minit sahaja. Boleh berulang balik jika mahu. Pulau ini termasuk dalam Kabuten karimun dalam provinci Kepulauan Riau. Pulau kecil ini kira biasa-biasa aja. kalau untuk melancung atau membeli belah macam ...... kira oklah untuk saja-saja jalan tempat orang. Masjid paling tua di sini ialah masjid baitul Karim. Kebetulan aku menginap di Hotel Paragon, bersebelah masjid ini. Bersih, kemas dan tenang masjid ini. Aku gi berjemaah maghrib di sini. Boleh tahan ramai orang. Mimbar yang nampak ringkas, dan terasa ada keikhlasan di situ Subuhnya aku datang lagi ke sini. Memang best solat kat sini. Masjid Baitul Karim, Karimun (Kepulauan Riau) Masjid Baitul Karim ialah masjid utama dan mercu tanda agama di Tanjung Balai Karimun, Pulau Karimun Besar. 📍 Lokasi Terletak di pusat bandar Tanjung Balai Karimun, berhampiran ka...