Skip to main content

Berlin - Kuhayati luahan emosi di sisa-sisa runtuhan tembokmu

Kalau ronda kat Berlin, rugi kalau tak menghayati lukisan mural terbesar di dunia.  Apalagi kalau bukan sisa runtuhan Tembok Berlin.
Luas kawasan ini, bermula dari Checkpoint Charlie iaitu pintu masuk kawalan tentera Amerika.
 masih ada hingga sekarang.  tengok bendera sapa yang berkibar itu.
Ini kawasan bebas kawalan USA
 Memang ramai orang kat sini.  macam benda wajib kena lawati.
Ini adalah bekas tembok yang masih ada
Masih jelas kesan kena pecah
Yang ini dah kena tebuk namun masih dipelihara
Ada contengan yang pelbagai
tempat orang Berlin meluahkan hati
 bangunan ini juga dilukis.
 bangunan yang tidak berpenghuni di tengah bandar
 Lepas penat meronda, baru jumpa kawasan sisa runtuhan yang dilukis dengan sangat cantik.
 tengok apa dia tulis.... Bla..bla...
 Tikus mondok pun ada, sapa tikus pun tak tahu, Amerika atau Russia.
 Ramai orang jalan-jalan kat sini.  Lukisan free tak payah gi galeri
 Ini semua bukan pelukis biasa.... memang cantik dan abstrak
 kalau nak berfoto memang sesuai
 memang panjang, jenuh jugalah menapak.
 bayangkan dulu orang Jerman terpisah dua.  Sekarang mereka bersatu dan mereka jadikan Berlin kembali sebagai ibunegara mereka.
 Memang mereka sayangkan Berlin ini.
 yang ini dilukis oleh pelukis jalanan untuk meluahkan kemarahan mereka.
 Yang ini adalah jalan menuju ke galeri, untuk membeli macam-macam cenderahati yang ada kaitan dengan Tembok Berlin
 Inilah gambar paling popular walaupun bukan paling cantik.  Siapa kedua pemimpin itu?  tentu mereka yang merintis kepada runtuhnya Tembok Berlin ini.
 Berwarna warni lukisan ini
  Penat berjalan, naik basikal lagi baik kata minah ini
 Tembok Berlin walaupun kalau telah runtuh, tetapi masih banyak "rasa hati" yang kau sorokkan dari mata dunia. Adakah kau membenci Hitler? h.  ....h ....
Berlin, ada rasa tik puas hati, kau dikalahkan dan dipecah dua.  Kini kau bangun untuk menjajah sekali lagi tetapi bukan dengan senjata, kau bangun dengan kekentalan hati .... percayalah Eropah akan kau kuasai lagi satu masa nanti tanpa senjata.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...