Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Kaherah - Ku hayati keindahan Masjid Mohammed Ali Pasha.

Masjid Mohammed Ali Pasha Salah satu tempat bersejarah yang mesti dikunjungi di Mesir ialah Kota Salehuddin Al Ayubbi. Di dalam kota ini ada Masjid Mohammed Ali Pasha dan juga muzium perang Mesir.  Pelancong memang ramai di sini. Kota Salehhudin ini memang sangat strategik dan tinggi.  Dari kota ini kita boleh melihat kota Kaherah seluas-luasnya. Sangat menarik untuk menziarahi masjid Mohammed Ali Pasha ini.  Selain sangat cantik ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi.  Mohammed Ali Pasha berketurunan Albania telah dilahirkan di Bandar Qavalia, Macedonia pada tahun 1769M. Baginda telah menganggotai angkatan tentera laut dan datang ke Mesir bertujuan untuk memerangi tentera Perancis yang diketuai oleh Napoleon Bonaparte. Setelah tentera Perancis berundur, baginda telah dilantik sebagai pemerintah Mesir menggantikan Khurshid Pasha pada tahun 1805M.  Masjid Muhammad Ali Pasha telah dibina oleh baginda sendiri bermula tahun 1830 sebagai simbol peme...

Mekah - Ku ziarahi Jabal Uhud yang perkasa

Menziarahi Jabal Uhud memang satu kemestian jika kita ke Kota Madinah.  Banyak pengajaran yang dapat di pelajari selain dapat menghayati situasi ketika peperangan itu berlaku. Jemaah dari Iraq, Turki, Iran , Pakistan dan India memang emosional di sini.  Semangat mereka membuak-buak. Syahdu baca catatan tentang sejarah Saidina Hamzah.  Bapak saudara yang paling Nabi sayangi. Ini lakaran situasi semasa Perang Uhud. Dek kerana pasukan pemanah turun dari Jabal Rummah/Pemanah, Pasukan Islam telah diserang dengan hebatnya. Aku pun panjatlah bukat pemanah ini.  ini kali kedua.  Dulu masa gi haji tahun 2003, dah panjat sekali. Nun sana jabal Uhud. Mari panjat bukit pemanah ini, tak tinggi sangat. baru ada feel...  Nun di bawah tu makam syuhada Uhud. Mentaati suruhan Nabi adalah simbol kemenangan.  Dunia dan Akhirat.

Split - Kujejaki kota pelabuhan yang romantis

Split Croatia, memang tempat yang perlu dikunjungi, memang klasik dan romantik.  Split adalah bandar pelabuhan dan pelancungan yang mengadap laut Mediterannean.  Anda boleh ke Greece melalui pelabuhan ini.  Aku sampai ke bandar ini jam 11am, setelah bermalam di Mostar sebelumnya. bandar ini pernah dipopularkan oleh novelis terkenal Amerika, Hemingway.   Split ini biasa-biasa aja, taklah satu bandar yang moden.  Yang seronoknya ramai orang membeli belah di "pasar lambak". Hotel memang banyak, tapi aku tidur dalam kereta sahaja.  Save kos.  Bandar ni aman dan selamat sebab ramai pelancung. Ada pokok kurma lagi.  Suasana mediteranean. Orang Crotia ini memang gila bola Ingat pemain bola Johor tahun 80an,  Ervin Boban.  Beliau berasal dari Split Croatia Yang ini romatisnya, mengadap laut di waktu petang hari... Jenis tak cukup duit tapi nak berjalan juga naiklah bas.  Berpusu-pusu bas di Spl...