Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Damsyik - Kutemui ketika kau masih tenang dan tenteram

Nostalgia ketika bermusafir ke Syria ketika zaman aman dan konflik masih belum meletus. Kota Damsyik yang bersejarah itu memang satu tempat indah untuk dikenang.  Syria bukanlah negara yang kaya dengan hasil minyak. Kelihatan ketika itu agak miskin. Namun kehidupan di kota ini secara luarannya nampak tenang.  Namun yang jelas gambar dua beranak Assad ini ada di mana-mana. Bercadang untuk memandu ke Beirut tetapi suasana tidak aman, mungkin Beirut ketika itu sama keadaannya seperti Damsyik ketika ini. Propaganda Bashir Assad, " I Believe in Syria." Namun api dalam sekam marak di dada rakyatnya yang merasa ditindas.   Ketika itu gelora di dada tidak melimpah keluar kerana ketakutan kepada sang penguasa. Window shooping di bazar tua Hamidiah di Aleppo. Barang murah.   Melihat ragam rakyat Syria yang meriah dan ceria.  Diberitakan kawasan bazar tua ini telah musnah sama sekali akibat perang saudara. Di belakang bazar ini terletaknya m...

Mekah - Tips mendaki Jabal Nur

Banyak kereta sewa atau teksi yang boleh hantar kita ke jabal Nur Tetapkan Azam Azam saya untuk mendaki Jabal Nur ini bermula bila saya mengerjakan haji tahun 2003.  Ketika itu umur saya baru 42 tahun. Dalam sesi lawatan di situ saya tanamkan azam, saya akan mendaki Jabal Nur ini satu hari nanti. Ketika itu dengan fizikal yang masih kuat, saya tidak ada peluang untuk mendakinya. Lagipun saya perlu menjaga kesihatan saya, sebab saya belum menyempurnakan ibadah haji lagi. Saya adalah antara jemaah haji yang datang awal dan pulang paling awal. Dari tempat teksi kita perlu menaikki van sewa untuk ke kaki bukit. Jangan Berputus Asa Pada tahun 2009 saya mengerjakan umrah bersama ayah, ibu dan isteri saya. Ayah saya memerlukan kerusi roda untuk ke sana ke sini. Jadi saya tidak boleh berpisah dengan ayah saya.  Pada tahun 2009 ini, niat saya untuk mendaki Jabal Nur telah tertangguh sekali lagi. Pemandangan semasa pendakian di waktu malam, jelas nampak clock tower Meka...

Capacodia - Kutemui kehebatan tamadun yang terbina dalam tanah.

Cappadocia (Kapadokya) ialah antara keajaiban arkeologi paling unik di dunia. Ia terletak di wilayah Nevşehir, Turki, dan terkenal dengan rangkaian bandar bawah tanah (underground cities) yang sangat luas, kompleks, dan berlapis-lapis. 🏛️  Asal-usul & Sejarah Bandar bawah tanah ini dibina oleh masyarakat Anatolia purba, dipercayai bermula sejak: Zaman Hittite (sekitar 1400–1200 SM) – kemungkinan struktur awal. Zaman Rom & Byzantium (abad 1–10 M) – berkembang secara besar-besaran sebagai tempat perlindungan. Bangsa Kristian awal banyak menggunakan bandar-bandar bawah tanah ini untuk berlindung daripada: serangan Rom (sebelum Kristian dibenarkan), serangan Arab–Byzantine, peperangan antara empayar. 🏰  Bandar Bawah Tanah Terkenal 1. Derinkuyu Underground City ✔ Bandar bawah tanah terbesar dan paling dalam ✔ Kedalaman: 85 meter ✔ Mempunyai 18 tingkat, tetapi hanya 8 dibuka kepada awam ✔ Boleh menampung sehingga 20,000 orang ✔ Str...