Niat hati memang mahu solat sunat aidul adha di China. Itu memang azam yang kental untuk lawatan marhaen kali kedua ke China. Penerbangan MAS sampai di Beijing jam 1.30 pagi. Masjid yang menjadi tujuan ialah masjid Nuijie, kerana melalui kajian yang dibuat, masjid ini adalah masjid yang tua, unik, ada aura dan dikunjungi ramai orang. Ulat teksi di airport menawarkan Yuan 400. Mahal. Mencari-cari di mana tempat menunggu teksi. Agak jauh dan tersorok. Berlaku proses mendapatkan harga murah. Ikut meter. Menarik Cuma Yuan160 sahaja. Sampai di masjid ini jam 3 pagi. Ada beberapa orang jemaah sedang beriktikaf dan solat malam. Apabila subuh menjelang jemaah semakin ramai. Menarik rakaat pertama imam baca surah yang panjang, tapi rakaat kedua imam baca surah Al Ikhlas sahaja. Tiada Qunut, tiada duduk tahiyat akhir dan berzikir senyap-senyap sahaja. Mereka bukan mazhab Syafie. Jemaah masjid beritahu sola...
MOHD AMIN AHMAD ajiemintebo@blogspot.com