Skip to main content

Iktikaf di Masjid Nagoya Jepun



Selepas penat berpusing-pusing di Muzium Toyota di Kota Nagoya, perut mula rasa lapar. kena cari tempat untuk makan. kat Nagoya ni memang payah untuk mencari halal food. Selalunya ikut pengalaman, halal food ada di kawasan berhampiran masjid.  Maka kami punh menapak mencari masjid, ikut arahan Mr Goggle Map. Payah jugak kalau ikut panduan "walking", sesat aja.  namun akhirnya sampai juga masjid dan solat di situ.



Masjid Nagoya ini adalah sebuah bangunan yang asalnya mungkin pejabat atau kedai dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi. Islam di Jepun belum berkembang dengan pesat lagi.  Dalam kehidupan seharian pun orang Jepun tidak beragama, katanya mereka menganut Shinto Buddha. Islam lebih mudah berkembang di USA atau Eropah.


Orang Jepun ni nilai dan praktik seharian mereka memang selari dengan Islam. Rajin, berdisiplin, taat, jaga kebersihan, tepat masa, kaizen dll, namun akidah mereka sesat.  kalau mereka memilih Islam, tentu mereka menjadi umat yang terbaik dunia dan akhirat.


Masjid ini dibuka untuk jemaah dari pukul 10 pagi dan dikunci selepas pukul 9 malam.  Memang tak ada peluang untuk tidur di masjid ini. Hotel di Jepun memang mahal.  Tidur kat hostel pun satu kepada mencecah RM150.00.


Imam masjid ini ketika itu berasal dari Mesir.  Orang Jepun masih belum ramai yang pandai agama. Masa anak aku belajar Universiti Ibbaraki di Kampus bandar Hitachi, dia selalu jagi imam solat Jumaat. Jemaah masjid Hitachi tu cuma lebih kurang 15 orang sahaja.8 orang rakyat Malaysia, 3 orang Indonesia, 4 Pakistan.


Alhamdulillah dapat iktikaf di Masjid Nagoya ini.  Selepas solat kami makan tengahari di kedai Arab berdekatan masjid. Memang mahal makanan halal di Jepun.


Bayar ajelah, kalau ke luar negeri berkira sangat dengan tukaran wang payahlah jawabnya.

 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...