Skip to main content

Kembara Iceland: Meronda Reykjavic ibu kota Iceland


Reykjavic  merupakan ibu negara Iceland. Bandar ini memiliki penduduk sekitar 120,000 orang, atau sekitar setengah daripada populasi rakyat negara pulau ini.


Dikatakan pulau ini mula ditemukan seorang yang bernama Naddod yang menamakannya Snaeland ("tanah salji"). Akhirnya pulau ini diberi nama mutakhirnya oleh seorang Viking yang mendaki sebuah gunung dan memerhatikan fiord penuh dengan air batu. Dalam bahasa mereka air batu itu sebagai iss. Akhirnya dapatlah nama Issland yang bermaksud Tanah Air Batu. Lama kelamaan Issland ini bertukar menjadi Iceland.


Manusia pertama yang tinggal di Iceland adalah para mubaligh kristian dari Ireland yang datang pada awal abad ke-9. Pada pertengahan abad ke-9, bangsa Viking mula bermigrasi dan tinggal di Iceland. Viking pertama yang tinggal di Iceland adalah Floki Vilgeroarson. Dialah yang memberi Iceland nama seperti sekarang. 


Seorang ketua suku dari Norway bernama Arnarson telah  tinggal dan menetap di barat daya Iceland dan mendirikan kota Reykjavic. Reykjavic adalah ibukota Iceland sekarang.

Sekitar tahun 930 para penguasa Iceland mulai menulis perlembagaan negara  mereka. Mereka membuat apa yang dinamakan Althing, sejenis parlimen yang berpusat di bandar Pingvellir Iceland dapat dikatakan sebagai negara bersistem demokrasi tertua yang masih bertahan sehingga kini.

Pada tahun 1262, Iceland menjadi sebahagian dari Norway. Pada tahun 1814 Iceland menjadi sebahagian dari Denmark. Pada akhir abad ke-19, banyak penduduk Iceland yang ingin kemerdekaan dari Denmark. Pada tahun 1918, Iceland mendapatkan kedaulatannya, tetapi raja Denmark masih berdaulat menjadi raja Iceland.

Ketika Jerman menduduki Denmark pada tahun 1940, Arthing memutuskan bahawa Iceland adalah milik rakyat Iceland. Akan tetapi, mereka masih belum mendeklarasikan kemerdekaan pada saat itu. Tentara Inggeris dan menyusul kemudian Amerika Syarikat berinisiatif untuk menduduki Iceland supaya tidak diserang Jerman. Pada tahun 1944, Iceland akhirnya mendeklarasikan kemerdekaannya.

Setalah Perang Dunia Kedua Iceland menjadi anggota NATO tetapi tidak menjadi anggota Kesatuan Eropah.




Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...