Skip to main content

Kembara Wali Songo: Kususuri jejak sejarah Sunan Ampel di masjidnya di Surabaya.



Alhamdulillah dapat hamba beriktikaf di Masjid Sunan Ampel di Surabaya. Tercapai juga impian untuk menziarahi masjid dan makam Sunan Ampel ini. Selalu hamba bayangkan bagaimana beliau mampu mengislamkan orang Jawa  yang mempunyai ketamadunan Hindu dan Buddha yang tinggi.  Buktinya lihat kuil di Prambanan dan Borobudur yang tersergam megah.  Tentu orang Jawa ketika itu di tahap tinggi dari segi kerajaan dan budayanya. Saki baki orang Jawa Hindu ini masih terdapat di Pulau Bali dan sedikit di Pulau Lombok.


Masjid Sunan Ampel menjadi salah satu destinasi wisata religi di Surabaya, Jawa Timur. Hal ini karena masjid ini ada sejarahnya dengan sosok Sunan Ampel iaitu salah satu dari Wali Songo yang berperanan besar terhadap pengembangan dakwah Islam di Tanah Jawa.



Sunan Ampel juga dijuluki sebagai Raja Para Wali karena anak-anaknya iaitu Sunan Bonang dan Sunan Drajat, serta menantunya iaitu Sunan Giri turut mengikuti jejaknya dalam berdakwah.  Beliau menggunakan cara dakwah dengan damai dan jauh dari kekerasan, dan menjadi pembina pondok pesantren pertama di Jawa Timur yang didirikan di Ampel Denta, Surabaya. 



Nama sebenar Sunan Ampel ialah Raden Mohammad Ali Rahmatullah atau Raden Rahmat. Ayahanda beliau bernama Maulana Malik Ibrahim yang dikenal sebagai Sunan Gresik dan ibunya merupakan kerabat Raja Champa, yang bernama Dewi Chandrawulan.



Ajaran Sunan Ampel yang terkenal adalah falsafah "Moh Limo", yang meliputi Moh Main (tidak mau berjudi), Moh Ngombe (tidak mau mabuk), Moh Maling (tidak mau mencuri), Moh Madat (tidak mau menghisap candu), dan Moh Madon (tidak mau berzina).


Masjid Sunan Ampel atau Masjid Ampel didirikan oleh Sunan Ampel pada sekitar tahun 1421 Masehi. Ketika membina masjid ini, Sunan Ampel dibantu dua sahabatnya yaitu Mbah Soleh dan Mbah Bolong (Mbah Sonhaji), serta para pengikutnya. 



Masjid sentiasa penuh dan dikunjungi oleh ramai orang dengan tujuan yang pelbagai. Aktiviti di luar masjid dipenuhi dengan aktiviti tahlilan di kawasan Makam Sunan Ampel, Mbah Bolong dan lain-lain aktiviti yang tidak hamba fahami. 



'Ada juga yang datang untuk meminum air dari gentong atau tempayan yang mereka percayai mempunyai khasiat tertentu.



Mungkin ritual seperti ini tidak disenangi oleh kumpulan salafi dan Muhammadiyah dan mungkin juga tidak disuruh oleh Sunan Ampel semasa hidupnya.



Masjid Sunan Ampel adalah bukti kekentalan seorang ulamak Islam yang berhijrah  ke negara lain demi misinya mengembangkan agama Islam. Islam akan bangkit kembali jika kita ada semangat dan kebijaksanaan yang tinggi.  Kebangkitan Islam tak cukup dengan slogan semata-mata.

 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...