Skip to main content

Masjid Panglima Kinta yang kutemui di ipoh Perak.



Memang lama tak datang ke Ipoh ni, mungkin tak ada saudara mara dan rakan taulan di sini. Ipoh juga tak ada daya tarikan atau spot yang boleh dilawati secara berkala. Namun dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Johor, hamba ambil kesempatan nak makan nasi ganja Ipoh dan pekena limau bali Tambun. Namun hamba terbaca tentang masjid paling tua di Ipoh iaitu Masjid Panglima Kinta, lalu hamba ambil peluang untuk beriktikaf sebentar di masjid itu.


Masjid Panglima Kinta adalah sebuah masjid yang terletak dalam daerah Ipoh, Perak. Masjid berwarna putih ini cantik dan nampak kukuh. Namun masjid ini jauh dari komuniti Melayu, banyak kedai-kedai Cina sebagai kejiranan masjid ini. Masjid ini juga telah diwartakan sebagai bangunan warisan Negeri Perak dan dijaga serta
 diurus dengn baiknya.




Masjid ini telah pada asalnya telah dibina dengan menelan kos sebanyak $15,000. Kompleks masjid ini dibina di atas tanah seluas 45,000 kaki persegi berhampiran dengan sungai Kinta.


Masjid Panglima Kinta telah dibina pada 1898 oleh Datoh Panglima Kinta Muhamad Yusuff bin Lassam. Dalam tahun itu juga isteri kepada Datoh Panglima Kinta yang bernama Saaidah bt. Chik telah meninggal di Ipoh dan masjid ini dibina untuk memperingati isteri beliau yang tercinta.


Beberapa tahun, terdapat beberapa penambahan iaitu kawasan perkuburan untuk ahli keluarga Panglima Kinta dan sebuah madrasah untuk kelas-kelas pengajian didalam kawasan masjid tersebut. Dan selepas beberapa tahun lagi, penambahan tempat berwudhuk, balai lintang dan rumah untuk pegawai masjid dibina. 



Panglima Kinta ialah ketua kawasan Kinta ("Lord of Kinta") dan merupakan satu daripada 8 orang-orang besar. Panggilan penuh bagi Datoh Panglima Kinta ialah 'Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja'. Kini tugas Panglima Kinta ialah sebagai mata dan telinga dan sebagai penasihat Sultan mengenai agama Islam dan adat istiadat Melayu.


Masjid ini telah diwartakan sebagai bangunan warisan pada tahun 2012 oleh Jabatan Warisan Negara.


Cantik mimbar masjid ini dan telah dibuat oleh tukang Melayu yang mahir. Mimbar macam ini adalah yang mengikut model mimbar Masjid Nabi di Madinah.


Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...