Skip to main content

Keliru di Bukit Siguntang di Kota Palembang



Menurut manuskrip Sulalatus Salatin, Bukit Seguntang   dipercayai sebagai tanah asal Orang Melayu dan raja-raja Kesultanan Melaka. Dalam kitab Sulalatus Salatin, Bukit Seguntang merupakan tempat datangnya Sang Sapurba, keturunan Iskandar Zulkarnain, yang dikemudian hari menurunkan raja-raja Melayu di Sumatera, Kalimantan Barat, dan Semenanjung Malaya. Bukit Seguntang diibaratkan sebagai potongan Gunung Mahameru dalam kepercayaan Hindu-Buddha, dan dianggap suci karena merupakan cikal bakal orang-orang Melayu. Raja yang memerintah di Malaka dikatakan sebagai keturunan Sang Sapurba.



Ada tiga wilayah perbukitan di Sumatera yang bernama Bukit Seguntang. Dan ketiga nya sama-sama dianggap sakral dan Keramat oleh penduduk setempat dimasing2 wilayah nya. 



Pertama adalah Bukit Seguntang Palembang yang banyak terdapat Makam Raja Segentar Alam beserta kerabat keluarga nya, serta tinggalan bangunan dan arca Buddha. Dahulu Bukit Seguntang Palembang tersebut juga dinamakan penduduk Palembang sebagai Bukit Sekander (W. N. Gibson 1856) dengan Raja yang bermakam adalah Raja Iskandar Zulkarnain Syah, Sekander adalah penamaan lokal daripada Iskandar Zulkarnain Syah. Bukit Siguntang Palembang adalah sebuah bukit kecil setinggi 29—30 meter dari permukaan laut yang terletak sekitar 3 kilometer dari tepian utara Sungai Musi dan masuk dalam wilayah kota Palembang, Sumatera Selatan. Secara administratif situs ini termasuk kelurahan Bukit Lama, Kecamatan Ilir Barat I, Palembang. Bukit ini berjarak sekitar 4 kilometer di sebelah barat daya pusat kota Palembang, dapat dicapai dengan menggunakan angkutan umum menuju jurusan Bukit Besar.



Yang kedua, Bukit Seguntang Sumay, Kabupaten Tebo. Bukit ini, so dianggap sebagai Keramat oleh Penduduk setempat. Terdapat tiga makam kuno dengan nisan Kayu Sungkai, dan salah satu makam adalah Makam Datuk Kerongkong Bebulu yang sangat melegenda kisah kepatriotan nya di Tebo dan Tanah Jambi umum nya. Bukit Seguntang Tebo merupakan wilayah tertinggi di sekitar lokasi nya yang dekat dengan Perbukitan Bukit 30. Tinggi nya 150-200 meter dari permukaan laut. Di sekitar wilayah Bukit Seguntang Tebo terdapat tinggalan Hindu Buddha berupa Kawasan Percandian dan keramik2 China dimasa lampau. Dahulu, Bukit Seguntang Tebo merupakan tempat bertemu nya tiga penguasa dari tiga wilayah. Pertemuan Segitiga Yakni Kerinci, Kerajaan Pagaruyung dan Kerajaan Jambi. Disana merupakan tempat diadakan nya Rapat pertemuan ketiga Raja2 tersebut dalam rangka menyelesaikan permasalahan adat ataupun menyusun peraturan adat. Penamaan Bukit Seguntang ini memang sudah secara turun temurun disebut oleh penduduk lokal.



Ketiga adalah Bukit Seguntang guntang, Kabupaten Sarolangun. Bukit Seguntang guntang, Sarolangun berada disekitar Bukit Bulan wilayah Batang Asai. Dalam Map Yang dibuat Marsden tahun 1811, Bukit Seguntang berada di wilayah antara Limun dan Rawas. Wilayah ini merupakan tempat berdiamnya Suku Batin Pengambang. Suku Batin Pengambang merupakan salah satu suku tertua di wilayah Jambi. Batin Pengambang dianggap induk segala Batin. Dalam Tembo Kerinci ada disebut kan nama Bukit Seguntang guntang antara Jambi dan Palimban (Palembang?). Bukit Seguntang Sarolangun kemungkinan adalah Bukit yang sekarang dinamakan orang setempat sebagai Bukit Bulan. Bukit tersebut dianggap sakral dan Keramat sebab banyak terdapat tinggalan era megalitik dan pra islam. Wilayah Bukit Seguntang Sarolangun berada antara Limun Jambi dan Rawas Palembang. Bukit ini merupakan wilayah tertinggi dikawasan tersebut dengan ketinggian 800 Meter Dari Permukaan Laut. Penduduk Batin Pengambang yang mendiami wilayah sekitar Bukit Seguntang Sarolangun memang banyak melahirkan pemimpin2 dan petinggi di Tanah Jambi. Dahulu nya  wilayah Batin Pengambang bukanlah merupakan wilayah Kerajaan Jambi, Orang Batin Pengambang bukan Orang Kerajaan Jambi. Ia berdiri sendiri dan Berdaulat, tidak diwajibkan Upah Jajah /Upeti dan mengatur Orang2 nya serta wilayahnya dengan adat istiadat nya sendiri.  Batin Pengambang  berasal dari Tanah Jawa (Mataram) dan Kerinci. 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...