Perpustakaan Mekah al Mukarramah
Perpustakaan Mekah al Mukarramah telah dibina di atas tapak rumah yang dikatakan tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW. Perpustakaan ini terletak di sebelah timur tempat Saei' yang dimulai dari Bukit Abu Thalib. Didirikan oleh Syeikh Abbas Qoththan pada tahun 1950 masehi. Perpustakaan ini sekarang di bawah penyeliaan Kementerian Urusan Agama Islam dan dinamakan Perpustakaan Mekah al Mukarramah. Memilikki banyak kitab, naskhah-naskhah kuno dan berbagai benda bersejarah yang tak ternilai. Bangunan ini masih terpelihara dalam bentuk aslinya, terdiri dari dua tingkat dan jendela-jendela yang terbuat dari kayu berwarna coklat kehitaman yang menjadi ciri khas bangunan-bangunan Mekah sejak dahulu.
Rumah nabi ketika tahun 2010 |
Beberapa pendapat tentang sejarah Rumah Nabi ini
Disebutkan oleh sebahagian ahli sejarah, bahawa perpustakaan ini adalah rumah di mana Rasulullah dilahirkan. Rumah ini kemudiannya dimilikki oleh Aqil bin Abu Thalib yang ia terima dari Nabi ketika beliau hijrah ke Madinah, hingga kemudian dijual kepada Muhammad bin Yusuf ats Tsaqafi (saudara al Hajjaj) yang kemudian memasukkanya ke dalam bahagian rumahnya yang dikenal dengan nama Daar al Baidha'. Dan ketika al Khayziran (ibu Harun Al Rashid) menunaikan haji pada tahun 71 Hijrah, ia kemudian menjadikannya masjid untuk ditempati solat. Sebenarnya tidak ada dalil sahih yang menjelaskan secara meyakinkan di mana tempat kelahiran nabi dengan pasti. oleh sebab itu ulama' dan sejarawan berbeza pendapat dalam menentukan tempat pasti kelahiran baginda. Perbezaan pendapat ini adalah dalil yang menunjukkan bagaimana para sahabat tidak menaruh perhatian akan hal itu kerana tidak terkait langsung dengan amalan syariat. kalau tidak tentu mereka akan sepakat menentukan tempat tertentu dan terkenal sebagaimana mereka mengenal tempat-tempat yang disucikan dalam menunaikan haji misalnya.
![]() |
Rumah Nabi ketika tahun 2015 |
Ulama' Arab Saudi bersepakat mengatakan tidak disyariatkan untuk menziarahi perpustakaan ini dengan niat ibadah, kerana tidak ada dalil yang menunjukkanntentang hal itu, sementara dasar ibadah itu adalah tauqifi (tidak melakukan ibadah kecuali dengan dalil). Dari sisi lain, penetapan tempat kelahiran Nabi pun tidak tepat kerana perbezaan pendapat para sejarawan dan para ulama'. Kalaupun kita anggap tepat, tetapi tidak boleh sama sekali menjadikannya tempat untuk mencari berkah kerana tidak disyariatkan menjadikan tempat duduk atau tempat solat baginda untuk mencari berkah. Demikian juga dengan segala tempat-tempat bersejarah lainnya.
Rumah Nabi ketika tahun 2020 |
Perbuatan yang dilarang ketika berada di Rumah Nabi @ Perpustakaan Mekah Al Mukarramah
1. Mengunjungi rumah ini dengan niat ibadah dan meyakini kesucian dan keistimewaannya.
2. Berdoa kepada selain Allah di sana dan memohon pelbagai hajat kepadanya.
3. Tawaf di sekelilingnya.
4. Solat dengan menghadap kepadanya.
5. Berusaha berdoa dan membaca al Quran di sana.
6. Mencari berkah dengan mengusap dinding dan tanahnya.
7. Menulis sesuatu padanya.
8. Mengusapkan minyak wangi pada pintu dan dindingnya.
9. Meletakkan benda-benda bekas di sana seperti kertas, surat atau rambut.
Comments