Peristiwa berdarah Tak Bai yang berlaku pada 24 Oktober 2004 merupakan peristiwa di mana 78 orang penduduk Islam kehilangan nyawa semasa dalam tahanan tentera Thailand, dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun kerajaan Thailand kemudiannya memutuskan bahwa Perhimpunan tersebut bertukar menjadi ganas apabila tentera menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang ramai yang kemudiannya menyebabkan enam lelaki berkenaan mati ditembak.
Beratus-ratus penduduk tempatan yang kesemuanya beragama Islam kemudiannya ditangkap dan dibawa dengan trak ke sebuah kem tentera di Pattani dengan tahanan dibawa dalam keadaan terbaring tindih-menindih..Apabila trak berkenaan tiba di kem tersebut beberapa jam kemudian, kebanyakan mereka yang ditahan itu didapati meninggal dunia akibat sesak nafas. Kejadian pada 24 Oktober 2004, di bulan Ramadan itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia dan meningkatkan keganasan di selatan negara Thailand.
Perdana Menteri Thailand Thaksin, memberikan sokongan penuh di atas tindakan tentera dan kenyataan pertamanya adalah "..kesemua 78 orang mati akibat mereka sudahpun lemah akibat berpuasa semasa bulan Ramadan."
Kebanyakan jenazah telah dikenalpasti oleh kaum keluarga dan waris mereka dan telah dikebumikan dengan sepatutnya, namun masih ada lebih 20 jenazah yang tidak dituntut dan mereka telah dikebumikan di makam syuhada ini yang terletak bersebelahan dengan Masjid Telok Manok.
Semasa hamba menziarahi makam syuhada ini memang terasa hening, tenang, berbaur dengan emosi marah, geram, sedih dengan apa yang berlaku ke atas mereka. Namun ada juga rasa bangga dan gembira kerana mereka telah dipilih menjadi syuhada. Mereka telah dianugerahkan untuk mati syahid.
Yang menyentuh hati ialah kaum keluarga mereka mungkin atas faktor keselamatan dan keamanan keluarga, mereka tidak mendedahkan identiti waris para syuhada ini. Ini adalah pengorbanan yang besar demi maslahah awam.
Al Fatihah untuk para syuhada Tak Bai. Semangat juangmu akan terus mekar. Insya-Allah.
Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus. Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...
Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein. Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja. Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu. Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...
Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai di Damsyik ialah Masjid Umawi. Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) . Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”. Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...
Comments