Skip to main content

Kuselami sejarah Masjid Kresek yang dindingnya masih ada kesan tembakan


Masjid Kersik yang dipanggil juga aebagai Masjid Sultan Muzaffar Shah atau Masjid Pintu Gerbang, ialah sebuah masjid yang terkenal dengan sejarah perjuangannya dan terletak Wilayah Patani Thailand. Pembangunannya boleh jadi telah dimulakan pada abad ke-16. Strukturnya yang masih selamat mencirikan campuran gaya seni binaEropah dan Timur Tengah.[3]


Bila masjid ini julung kali dibangunkan tidaklah jelas, sungguhpun ia telah dibangunkan di kedudukan yang sama berkali-kali. Menurut Hikayat Pattaniiaitu sejarah Kerajaan Pattani, dua buah masjid ada dibangunkan sepanjang pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (d. 1564) dan salah satunya dibangunkan di luar pintu gerbang utama kubu kota bersebelahan padang atau dataran bandar. Agaknya itulah kedudukan Masjid Kersik yang kini. Ia turut dikatakan telah dibangunkan sekitar waktu raja Ayutthaya iaitu NaresuanAgung, tapi ditinggalkan tanpa siap atas perebutan kuasa antara Sultan Patani dan saudaranya. Di tapak masjid itu, ada batu-bata dengan gaya zaman Dvaravati.

Sesetengah pula percaya yang masjid ini dibangunkan oleh seorang lanun Cina, Lim Toh Khiam yang mana mengikut tradisi tempatan telah berkahwin dengan puteri Sultan Patani, didakwa menjadi Raja Hijau dan memeluk Islam. Di samping masjid itu, ada sebuah kebun bersama batu nisanLim Ko Niao, yang dikatakan menjadi adik perempuan Lim Toh Khiam, yang mana dalam cerita ini telah meletakkan sumpah agar kubah masjid itu tidak akan pernah siap.

Sebuah masjid diketahui telah dibangunkan pada awal abad ke-17; Jacob van Neck menuliskan dalam sebuah laporan Belanda pada 1603 yang masjid utama Patani sebelumnya "dibangunkan dengan kemas oleh pekerja Cina daripada bata merah". Keterangan terkemudian abad ke-17 oleh seorang pengembara Johan Nieuhof pula mengatakan yang berikut:

Gereja Mohametan ialah benteng binaan bata merah yang tersergam indah, bersepuh emas serba indah di dalam, dan dihiasi dengan tiang, bertempa corakan dengan rasa ingin tahu. Di tengah-tengah berdekatan dinding ada mimbar, berukir dan bertempa segenapnya, sampaikan pendetanya hanya dibenarkan naik dengan empat langkah besar.[b][4]

Masjid itu boleh jadi telah ditinggalkan musnah setelah Pattani ditawan dan dijarah oleh Siam pada 1785, dan pusat Pattani telah dipindahkan ke kedudukan baru beberapa meter ke barat dari kedudukan asalnya. Percubaan membaiki atau mendirikan semula masjid dijalankan oleh Tuan Sulong pada abad ke-19 yang memerintah Pattani dari 1816 ke 1832. Masjid ini disebut Masjid Kersik (atau Krue Se) bertepatan dengan Kampung Kersik (Ban Krue Se) iaitu tempat ia berada. Masjid ini ditetapkan menjadi tapak bersejarah oleh Jabatan Seni Halus Thailand pada 1935 dan pengubahsuaian kecil dijalankan dua tahun kemudian. Kerja-kerja pengubahsuaian utama yang dibuat pada strukturnya dilakukan pada 1957 dan 1982. Pengubahsuaian sepanjutnya pula selesai pada 2005.







Pada 28 April 2004, sewaktu penjawatan Thaksin Shinawatra dan dalam tempoh pemberontakan pejuang kebangsaan Islam di wilayah paling selatan, 32 orang yang bersenjata bertahan di dalam masjid ini setelah lebih 1000 orang militan melepaskan serangan ke atas petempatan polis di seluruh wilayah Pattani, Yala dan Songkla.[5] Selepas tujuh jam berjarak tempuh dengan kakitangan tentera Thai, askarnya menyerang dan membunuh kesemua 32 orang.[6] Serangan itu melanggar perintah Kementerian Pertahanan dalam mengakhiri konfrontasi ini dengan damai, dan telah menjadi subjek pertanyaan antarabangsa yang menyimpulkan tentera menggunakan kuasa berlebihan.
























 


















Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...