Irbid juga dikenali di zaman Greek kuno sebagai Arabella. Ia adalah bandar terbesar di jajahan Irbid. Irbid juga adalah bandar kedua terpadat di Jordan . Penduduknya berjumlah 2 juta orang. Irbid juga bandar ketiga terbesar setelah Amman dan Zarqa.
Irbid terletak 70km ke utara Amman, di mana di sini terdapat tamadun lama di Pella, Beit Ras dan Um Qais.
Irbid kini menjadi hub pengangkutan yang penting antara Amman, Syria di utara dan Mafraq di timur. Terdapat Universiti Yarmuk yang ramai pelajar Malaysia belajar di sini.
Comments