Skip to main content

Kutemui Jerash ketika kembaraku ke Jordan pada tahun 2009



Kisah perjalanan ke Jerash Jordan ini sudah lama sekitar pada tahun 2009 namun baru kini sempat untuk mengkaji dan menulis tentang sejarah tempat ini. Masa jalan tempat ni umur baru 49 tahun. Hamba mengembara hampir seluruh pelusuk Jordan hingga ke Syria.  Dari Aqabah ke Amman dan terus ke Yarmuk dan menyeberang sempadan ke Damsyik Syria.  Berjalan dan melihat tempat penting dan bersejarah sebagai kenangan dan kajian satu hari nanti.


Pintu Gerbang kota lama Jerash.  Jerash merupakan sebuah bandar lama di utara Jordan. Bandar ini merupakan pusat pentadbiran bagi wilayah Jerash dan terletak 48 kilometer di utara ibu kota Amman.


Bukti terawal penempatan di Jerash adalah di tapak Neolitik yang dikenali sebagai Tal Abu Sowan, di mana mayat manusia kuno sekitar 7500 SM telah ditemui. Jerash berkembang pesat semasa zaman Yunani, Helenistik, Rom, dan Byzantine sehingga pertengahan abad ke 8 masehi, apabila gempa bumi Galilea memusnahkan sebahagian besar Kota Jerash. 


Walau bagaimanapun, pada tahun 1120, Zahir ad-Din Toghtekin, pemerintah dari Damsyik telah mengarahkan tenteranya untuk membina sebuah kubu di tapak yang tidak diketahui dari runtuhan kota purba, mungkin tempat tertinggi tembok kota di utara-bukit timur. Ia telah ditangkap pada tahun 1121 oleh Baldwin II, si Penakluk Jerusalem, dan dimusnahkan sama sekali. Kemudian, tentera Salib segera meninggalkan Jerash dan berundur ke Sakib (Seecip); sempadan timur penempatan.


Jerash kemudiannya ditinggalkan sehingga ia muncul semula dalam rekod sejarah pada permulaan pemerintahan Uthmaniyyah di kawasan itu pada awal abad ke-16. Dikatakan pada tahun 1596, terdapat 12 keluarga muslim di sini. Terdapat juga sebuah penempatan Mamluk. Ini  menunjukkan bahawa Jerash telah dibangunkan semula sebelum era Uthmaniyyah. Penggalian yang dijalankan sejak 2011 telah memberi penerangan tentang zaman Islam Pertengahan kerana penemuan baru-baru ini telah menemui beberapa tinggalan dan tembikar Islam Pertengahan/Mamluk. Kota purba itu telah didedahkan secara beransur-ansur melalui satu siri penggalian yang bermula pada tahun 1925, dan berterusan sehingga sekarang.


Jerash hari ini adalah rumah kepada salah satu bandar Greco-Rom yang terpelihara terbaik, yang mendapat jolokan "Pompeii of the Middle East". Kota ini menjadi terkenal dan menjadikannya salah satu tapak yang paling banyak dikunjungi di Jordan.


Pada tahun 2023 hamba datang kembali ke Jordan, namun hamba tak datang lagi ke Jerash kerana pada hanya cukup sekali sebagai tanda sudah sampai.  


Jerash hanyalah tempat yang dibanggakan oleh Empayar Rom, orang Islam juga berbangga kerana berjaya menguasai tempat kebanggaan orang Rom ini.


Masih banyak kesan-kesan tamadun Rom di sini yang masih sempurna strukturnya dan dijaga untuk dilihat oleh pelancung terutamanya yang dari Italy. 





 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...