Skip to main content

Kujejaki sisa-sisa tamadun di Ummi Qais







Kota Decopolis Umm Qais
Decapolis merupakan 10 bandar utama di bawah penguasaan Rom. Ia telah diwujudkan seawal zaman Maharaja Pompeii pada tahun 63 sebelum masihi, salah seorang pemerintah terkenal Rom.. 

Antaranya 10 Decapolis itu adalah kota Garada yang dikenali sebagai Umm Qais

Di bawah maharaja Pompeii, baginda membangunkan kota ini sebagai sebuah pusat perdagangan demi menyaingi kota Petra di selatan Jordan yang berada dibawah penguasaan Kerajaan Nabateen. Persaingan antara Empayar Rom dan Kerajaan Nabateen begitu sengit pada era ini demi menguasai timur tengah yang berakhir apabila Rom melancarkan serangan ke Petra sekaligus menakluknya.

Menurut versi Bible kota ini pernah menjadi saksi Jesus menyembuhkan orang yang dirasuk Syaitan dan menukarkannya kepada babi.

Umm Qais menjadi sebuah kota yang bukan sahaja sebagai tumpuan pedagang, namun cendikawan dan ahli seni Rom, ia juga berperanan sebagai resort bagi mereka yang mengunjungi kolam air panas Al-Himma yang terletak tidak begitu jauh dari sini.

Seperti kota-kota lain di Jordan, kota ini musnah akibat gempa bumi, bahkan majoriti bangunannya runtuh menyembah bumi.









Hujung paling Utara Jordan menjadi matlamat kami. 30km dari Barat Laut bandar Irbid. Di situ terdapat sebuah perkampungan di puncak gunung. Bersempadan dengan Syria dan Israel. Umm Qays.

Perkampungan berusia ribuan tahun itu cukup unik. Dari sini, saya dapat menyaksikan penempatan Israel,  bukit di Syria yang putih dilitupi salji,Tasik Tabari dan Bukit Golan yang masyhur. Bukit yang menjadi sumber air iu menjadi mangsa rebutan tiga negara. Jordan, Syria dan Israel.

Penempatan klasik ini masih mempunyai ciri-ciri Rom. Tiang-tiang tinggi dan Colosseum sekali lagi menjadi identiti. Penempatan unik ini merasai empat bentuk pemerintahan. Greek, Rom, Byzantium dan Uthmaniyyah. Kesan itu masih jelas terlihat pada warna batu yang digunakan untuk membina bangunan di situ.
















 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...