Skip to main content

Berenang dan timbul di Laut Mati ketika jahil hukum








LAUT Mati yang terletak di sempadan Palestin, Jordan dan Israel, suatu ketika dahulu pernah mencatatkan beberapa peristiwa penting dalam riwayat peradaban manusia. Kesan peninggalan itu masih boleh dilihat sehingga kini.

Peristiwa paling sinonim dengan Laut Mati ialah kemusnahan kaum sodomi iaitu kaum Nabi Luth. Ia disebabkan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang dengan kaum sejenis serta menafikan kenabian Nabi Luth.

Justeru, Allah telah menurunkan bencana yang amat dahsyat dengan membenam kaum ini ke dalam tanah, seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran. Peristiwa tersebut dianggarkan berlaku kira-kira pada 1800 tahun sebelum Masihi.




Berdasarkan kepada sejarah, Laut Mati adalah lokasi di mana kaum tersebut dimusnahkan. Sehingga kini, kesan peninggalan peristiwa itu masih kekal. Kemusnahan tersebut telah menyebabkan struktur geografi di kawasan itu turut berubah.

Laut Mati yang pada asalnya dikatakan dataran tanah rata bertukar menjadi kawah yang dalam, sehingga membentuk tasik yang luas terbentang. Peristiwa tersebut telah menyebabkan pesisir pantai Laut Mati menjadi lembah terendah di muka bumi.

Dari sudut geografi, gunung Everest diiktiraf sebagai titik tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,848 meter dari paras laut, tetapi pesisir pantai Laut Mati pula adalah daratan terendah iaitu berada pada kedudukan 394.6 meter di bawah paras laut.

Ia berbentuk seperti kawah daratan yang luas dan lebar, yang berkedudukan lebih rendah daripada permukaan laut.


Sekalipun dikenali sebagai Laut Mati, tetapi ia sebenarnya bukanlah laut. Laut Mati merupakan sebuah tasik air masin yang berukuran 67 kilometer panjang dan 8 kilometer lebar. Disebabkan keluasannya yang sangat besar, ia dikenali sebagai laut. Cabang utamanya pula ialah Sungai Jordan.

Di sebalik rentetan sejarah dan peristiwa yang berlaku di Laut Mati, Al-Quran turut menyentuh tentang struktur geografinya. Kitab suci umat Islam itu telah menerangkan dengan jelas kedudukan tanah rendah pesisir pantai Laut Mati di dalam surah Ar-Ruum. 

Ayat satu hingga empat di dalam surah itu telah menggambarkan dengan jelas kedudukan geografi Laut Mati yang merupakan lembah terendah di muka bumi.

Firman Allah yang bermaksud, “Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah (adna) di permukaan bumi (al-ard), dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam beberapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah.” (Surah Ar-Rum; ayat 1-4).

Dalam ayat ketiga surah Ar-Rum itu, telah dimaklumkan bahawa kerajaan Rom telah ditumpaskan di tanah paling rendah di permukaan bumi. Frasa ‘adna’ di dalam bahasa Arab diertikan sebagai ‘hampir’ dalam kebanyakan tafsir. Namun ia bukanlah pengertian literal dari kenyataan yang asal, tetapi lebih berbentuk tafsiran secara kiasan (metaforik).

Perkataan ‘adna’ dalam Bahasa Arab berasal dari perkataan ‘daniy’ yang bermaksud rendah. Justeru, tafsiran ayat untuk perkataan ‘adna al-ard’ memberi erti kawasan yang paling rendah di muka bumi.





pa yang menarik, saat penting peperangan yang terjadi di antara empayar Byzantin dan Persia benar-benar terjadi di titik paling rendah di muka bumi. Kawasan ini dikenali sebagai Teluk Laut Mati yang terletak di titik persilangan antara tanah Syria, Palestin dan Jordan. Kekalahan tersebut telah menyebabkan Byzantin kehilangan wilayah Jerusalem.

Seperkara lagi yang menarik tentang ayat ini ialah ramalan tentang kemenangan Byzantin ke atas tentera Persia. 

Empayar Byzantin pimpinan maharaja Heraklius ketika itu dijangka akan runtuh. Semua gabenor-gabenor negara menentang Heraklius dan wilayah Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang sebelum itu berada di bawah jajahan Byzantin telah dicerobohi oleh tentera Persia.  

Secara ringkas, semua orang menjangkakan empayar Byzantin akan musnah. Namun, selepas tujuh tahun ayat pertama surah Ar- Rum ini diturunkan, berlaku peperangan sengit antara Byzantin dan Persia di Ninaveh. Kali ini tidak disangka-sangka Byzantin berjaya menewaskan tentera Persia. Kemenangan tersebut adalah benar seperti apa yang dijelaskan di dalam Al-Quran.

Tetapi kini, tasik air masin paling dalam di dunia ini kian menyusut. Paras airnya kian turun setiap tahun. Melalui kajian yang dijalankan, paras air Laut Mati telah susut lebih 40 meter sejak tahun 1950-an.





























 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...