Hamba memang sukakan laut. Tak kiralah melihat laut, merenung ombak, menikmati bayu laut, belayar di laut atau apa sahaja aktiviti berkaitan laut. Melihat laut memang satu terapi yang menenangkan jiwa dan tempat bercambahnya ilham dan pemikiran baru. Kalau bermalan di tepi laut, hamba mampu menulis dan berkarya. Masalahnya sukar untuk mencari chalet yang kondusif dan mengadap laut. Kalau adapun harganya bukan mampu bayar. Kalau yang dekat dengan Segamat hanyalah laut di Muar, Melaka dan Port Dickson sementara di sebelah Laut China Selatan seperti Rompin, Endau, Mersing dan Desaru. Tak banyak chalet yang cantik, bersih dan selesa. Namun sudah satu rutin sebulan sekali mesti melihat laut. Baru rasa segar dan bersemangat. Pantai yang sering hamba pergi walaupun rankingnya rendah tentulah pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah Melaka. Yang peliknya hamba tak pernah bermalam di chalet yang sama kerana selalunya susah untuk berpuashati dengan kualiti chalet di sini. Tapi pepatah Melayu ad...
MOHD AMIN AHMAD ajiemintebo@blogspot.com