Tak pernah dengar pun matawang Israel ini, oleh kerana Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel, hendak tak hendak kena usahakan juga cari duit ini. Kalau tidak kena "sekel" semasa membeli cenderahati di sini. Online banking yang based kat Malaysia juga tak laku. Mastercard memang laku seluruh dunia. Namun hamba lebih suka menggunakan "Wise" kerana hamba kaji kad ini lebih untung sedikit berbanding traveler card yang lain.
Matawang Israel namanya "SHEKELS" atau ringkasnya (ILS).
Sekarang mari kita kaji dan bandingkan nilai Shekels ini berbanding US Dollars dan Ringgit Malaysia
Nilai ini adalah nilai terkini semasa penulisan dibuat.
1.0 USD = RM 4.45
1.0 USD = ILS 3.57
Kesimpulan mudahnya nilai Shekels lebih tinggi berbanding nilai Ringgit Malaysia.
RM 1.25 = ILS 1.0
Yang ini pula ialah duit syiling Shekels bernilai ILS 10 dan ILS 5. Sengaja hamba simpan sebagai kenangan.
Comments