Skip to main content

Rehlah Palestin: Kutemui Masjid Mahmudiah yang cantik di Old Jaffa Israel

Dalam perjalanan ke Tasik Tiberias, kami telah singgah mengambil beberapa foto kenangan di beberapa lokasi sepanjang pantai Old Jaffa. Bandar tua ini bandar persisiran yang mengadap Laut Mediteranean. Kemudian kami singgah Masjid Al Mahmudiah di sini ke tandas dan sambil solat Dhuha.



Cantik masjid ini.  Inilah masjid paling besar dan paling signifikan di Daerah Jaffa Israel ini.


Dikatakan Masjid Al Mahmudiah Jaffa ini adalah masjid ketiga terbesar selepas masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis dan Masjid Ibrahimi di Hebron.


Masjid ini dibina semasa empayar kerajaan Ottoman Turki.  Sebab itu bentuk dan arkitekturnya banyak pengaruh Turki.


Masjid ini terletak di Russian Street, Tel Aviv - Yafo, Israel. Yafo tu bahasa Hebrew, bahasa Arabnya Jaffa.


Masjid Al Mahmudiah mula dibina pada tahun 1735, semasa Gabenor Sulaiman Pasha menjadi gabenor Jaffa dan siap sepenuhnya pada tahun 1812.


Masjid ini terdiri komplek bangunan yang agak luas. Kawasan masjid ini dihiasi dengan taman bunga yang cantik tersusun. Bilik airnya berada di bangunan lain di luar masjid.



Sampai ke hari ini masjid ini masih menerima dana dan bantuan dari kerajaan Turki.


Tak rugi mengunjungi masjid Al Mahmudiah ini, satu-satunya masjid yang betul-betul berada dalam jajahan takluk Israel. Masjid Al Aqsa berada di daerah autonomi Baitul Maqdis, sementara  masjid Ibrahimi di kuasai oleh kerajaan Palestin di Tebing Barat.


Masjid cantik yang berhadapan Laut Mediteranean ini telah terjajah, dan tak tahu bila ia akan bebas.


Walaupun dijajah Israel, masjid ini masih berfungsi seperti biasa dan masih dimakmurkan oleh orang Islam di sana. 


Jangan sangka semua orang negara Israel beragama Yahudi, sebenarnya 20% dari populasi Negara Israel ini beragama Islam terutamanya dari kalangan bangsa Arab.


Dan kita juga kena tahu orang Palestin yang hendak menunaikan haji dan umrah, mereka mesti mendapat kelulusan dari imigresen Israel. Kesian mereka ...hanya doa yang dapat kita titipkan.

 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...