Kubah rantai atau Assilsilah terletak di sebelah timur Masjid Kubah Emas atau Dome of Rock. Nama ini ada kaitan dengan rantai besar yang digantungkan di tengah dan mencuri tumpuan orang ramai.
Kubah ini dibina oleh Khalifah Abdul Malik Marwan pada tahun 685M atau sebelum Kubah Batu dibina. Kubah ini juga dijadikan model ketika membina masjid Kubah Batu walaupun kedudukan keduanya berbeza.
Dikatakan juga kubah ini sebagai brankas bagi kaum muslim sehingga ada yang menyebutnya kubah brankas (khazna). Kubah ini indah dan unik, berdiri di atas 17 pilar dengan marmar yang berwarna warni, di selatan terdapat mihrab. Kubah ini menggunakan ubin kashani dari Turki semasa proses renovasi di era pemerintahan Khalifah Sulaiman pada abad ke 16.
Comments