Skip to main content

Kutemui Kubah Nabi Khidir di sebelah selatan Dome of Rock.




Kubah ini agak terpencil. Hanya orang yang tahu sejarah tempat ini yang datang berkunjung. Hamba pun baru membaca dan mengkaji sejarah tempat ini.  Sungguh setiap binaan dan sudut di kawasan Masjid Aqsa ini mempunyai cerita yang menarik.
Kubah Nabi Khidir terletak di halaman Masjid Kubah Batu atau Dome of Rock.  Hamba lebih suka panggil Masjid Kubah Emas kerana penampilannya yang menonjol dengan warna kekuningan yang bersinar menjadi mercu tanda Baitul Maqdis.

     Merupakan sebuah kubah kecil yang terletak di barat laut Kubah as-Sakhrah. Pembinaannya telah dijalankan pada kurun ke-10 H bersamaan dengan 16 M. Terdapat enam buah tiang marmar yang di bahagian atasnya terdapat enam buah blok batu yang menjadi asas pembentukan bulatan di bahagian dalam dan berbentuk enam segi di bahagian luar. Di dalamnya juga terdapat jubin merah yang berbentuk mihrab menghala ke arah kiblat. Kubah ini dikatakan tempat Nabi Khidir A.S pernah menjadi imam dan solat di dalamnya. Di bawahnya pula, terdapat sebuah perkuburan yang dikenali sebagai “Makam Khidir” di mana digunakan sebagai tempat berzikir, berdoa, menuntut ilmu dan iktikaf (kesufian). Walaupun begitu, kedua-dua perkara ini tidak mempunyai bukti yang kukuh.

*Catatan: Kubah ini juga dijadikan sebagai tempat bagi orang mubaligh (orang yg menjadi penghubung antara imam dengan makmum ketika sembahyang berjemaah)


Kubah Nabi ini terletak bersebelahan lengkungan (mawazine) timur laut. Ianya adalah sebuah kubah kecil yang dibina di atas tempat berdoa Nabi Khidir.


Kubah ini terletak di atas enam pilar yang dibuat dari marmar yang indah, diatasnya ada enam blok batu yang lancip, di dalamnya ada satu ubin berwarna merah yang berbentuk mihrab mengadap kiblat.  Kubah ini dibina semasa pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki dalam abad ke 16M.
 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...