Stonehenge memang ada dalam kepala aku bagi melengkap misi aku melihat benda ajaib di dunia. Aku dah panjat Great Wall, lihat Piramid &Sphinx, Petra, Borobudur, Taj Mahal, Eiffel Tower, dan yang terbaru ni baru Stonehenge (2017). Yang belum sampai Angkor Wat, Menara Condong di Pisa dan Piramid Picu. Stonehenge ni pada aku tak layak jadi benda ajaib dunia, tak ada apa-apa dahlah tiket masuk mahal. Menapak jauh pulak, lalu padang ragut biri-biri. Dia orang kata ajaib macam mana orang dulukala boleh bawak batu tongkol itu dari jauh dan boleh susun macam itu. Pada aku biasa-biasa aja.....
Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus. Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...
Comments