Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

Kutemui makam Marhum Mangkat di Dungun @ Sultan Yahya Siak.

Dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Johor, hamba singgah solat di Dungun.  Entah macam mana ternampak papan tanda Sultan Yahya Siak. Lalu hamba singgah kejap ke makam tersebut, ambil gambar dan balik rumah baru buat kajian sikit tentang makam tersebut. Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah (Sultan Siak ke-7), satu-satunya sultan yang dimakamkan di luar jajahan negerinya iaitu di Kampung Che Lijah, Du­ngun, Terengganu kerana berlaku perebutan kuasa di antara Sultan Yahya dengan saudara dua pupunya, Tengku Udo Syed Ali Syed Usman Syahabuddin (menaiki takhta kerajaan Siak bergelar Sultan as-Sayyid al-Sharif Ali Abdul Jalil Syaifuddin Shah, Sultan Siak ke-8). Kaitan kesultanan Terengganu dan kesultanan Siak terjalin apabila Sultan Ismail Abdul Jalil Jalaluddin Shah (1760 - 1766), Sultan Siak Ke-3 berkahwin dengan Tengku Tipah, puteri Sultan Mansur I yang memerintah Terengganu dari 1733 - 1794. Hasil perkahwinan baginda Sultan Siak adalah Tengku Yahya dan Te...