Semasa kembara UK Feb 2018, aku sempat juga menjejaki kaki ke stadium Chelsea di Stamford Bridge. Masa tu kawalan keselamatan agak ketat kerana malamnya ada game chelsea vs porto.
Stadium ini agak biasa-biasa aja. Kawasan sekitarnya agak sesak, kerana terletak di kawasan perumahan.
Aku pun tak pernah minat dgn Chelsea ni. game tak cantik terutama semasa managernya Mourinho dulu. Tapi kebetulan hotel dah dekat dengan stadium ini, maka aku layan ajelah. Aku tidur kat Cromwell International hotel.
David Luiz dan Eden Hazard, antara player popular di sini.
Bahagian depan stadium ni tak cantik pun.
Tak suka kelab ni, tapi skaf tetap beli, 10 pound.
Jersi tak sanggup beli, harga lebih kurang 45-60 pound, dekat RM 300 sehelai.
Apa yang perlu diingat, kalau nak beli jersi belilah kat stadium, kat luar kedai India kat Baywater atau Oxford Street tak berani jual. Skaf pun kalau beli kat luat lagi mahal lebih kurang 15 pound.
Stamford Bridge ku tinggalkan kau tanpa rasa "pride". Kau bukan dihatiku.....
Comments