Awal pagi kena menapak untuk solat subuh berjamaah di masjid yang terdekat dengan bilik sewaanku di Artcliffe Sydney. Kawasan ini cuma 10 minit memandu dari airport. Kala tu memang sunyi, tak ada kenderaan lagi.
masjid ini tak jauh dari persimpangan lampu isyarat di sini
Mula-mula pandang memang bukan macam masjid.... macam gereja.
Rupa-rupanya memang sebuah masjid yang dikenali "Islamic Malay Australian Association of NSW. Orang sini panggil "Masjid Melayu".
Adalah jemaah orang melayu ... tapi imamnya Pak Arab pulak. Bersih dan cantik masjid ini.
Aku hanya semalam sahaja di sini.... lepas subuh terus packing gi Blue Mountain..
Comments