Dalam perjalanan ke Kotomba, singgah dulu di Masjid Turki di Auburn. Sungguh cantik masjid ini. Niat nak solat Dhuha, namun apa nak buat tak ada air pulak.
masjid turki ini di namakan masjid Gallipoli, dengan rekabentuk yang mirip Masjid Biru di Istanbul.
masjid ini dikatakan sebagai masjid tercantik di benua Australia.
Pintu masuk dibuat dari kayu yang berukir.
Ini baru kat luar, kat dalam lagi cantik dan bersih.
Mihrab dan mimbar khutbah ikut cara Turki.
Cantik ukiran dan kaligrafi di dinding
Malah kubah bahagian dalamnya sangat cantik dan halus lukisannya
Kali kedua datang ke masjid ini ketika balik dari Melbourne ke Sydney. Dapat solat Subuh hari Jumaat. Penuh masjid ini.. memang happening. lepas beri salam, imam zikir kuat masa mula aja. lepas tu senyap. memang klon cara kat masjid di Turki.
Comments