Agak payah juga mencari masjid di Canberra ini, tersesat-sesat sampai ke kawasan taman perumahan. Rupa-rupanya masjid ini dikenali sebagai Canberra Islamic Centre (CIC).
Ia juga boleh ditemui jika goggle nama Australian National Islamic Library.
memang library yang proper, bersih dan tersusun dan ada sepasang suami isteri yang telah pencen menjadi sukarelawan menjaga library ini. Non muslim pulak tu. Tapi akhlak sangat baik. Kami diizinkan masuk masjid ini menggunakan pintu library ini.
Masuk-masuk, nampak ok jugak masjid ini, ada dewan solat pelbagai guna. Solat Jumaat dijalankan disini. Ada pentas dan ada mimbar di depan.
Ketika sampai masjid ini jam dah pukul 12.08pm. Oleh kerana masih kepenatan memandu dari Sydney ke Canberra, aku ambil kesempatan buang air besar, mandi dan tukar pakaian masjid ini. Lepas tu solat jamak qasar zohor Asar.
Baca iklan di masjid ini memelukan AUD 400,000.00 untuk tujuan pembesaran dan pengurusan masjid ini. Sapa banyak duit bolehlah bagi derma dan sumbangan...
Aku cuma dapat bergaya dan buat iklan saja.
Selamat tinggal CIC, bilakah kau dapat diberi nama "mosque" secara proper.
Comments